Pages

Sunday, 5 December 2010

Keistimewaan Bulan Muharam : 7-12-2010

AWAL MUHARAM/MAAL HIJRAH
(7 Dis 2010 (Selasa)  bersamaan 1 Muharam 1432H)

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

BERPUASA


Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan      
                      Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30            
                      tahun.

Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
                      bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat
                      dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti  
                      mana beribadat selama 2 tahun.

Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.


Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.

Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.


Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 muharram):

- Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah

   akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan

   melapangkannya dalam kubur nanti.


- Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan

   memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya

    iman dalam hatinya.

- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan
  mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang
   disapunya.

- Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh

   seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti
   bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan

   hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

- Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.

   Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

-         Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

-        Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan

  mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
  melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura
  empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua  
  selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti  

   memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

-  Puasa. Niat -
"Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana
   Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah
   dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.

No comments:

Post a Comment