Salam ukhuwah buat semua. Semoga sihat dan ceria selalu disamping tugasan seharian. Terimakasih kerana sudi berziarah... atau terziarah :) Happy reading~!
Pages
Sunday, 1 August 2010
Tazkirah - Wasiat
Wasiat
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: "Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu".
Wasiat hendaklah ditulis dan ada dokumen hitam-putih, ditulis sebelum kematian pewasiat, dan hanya boleh diwasiatkan kepada bukan pewaris, (misalnya anak angkat) dan tidak melebihan satu pertiga harta peninggalan.
Diriwayatkan daripada Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Pada waktu Haji Wida' Rasulullah s.a.w menziarahiku ketika aku sedang sakit tenat. Waktu itu aku berkata: Wahai Rasulullah! Lihatlah keadaan aku yang berada dalam keadaan tenat ini sebagaimana yang kamu lihat, sedangkan aku ini seorang hartawan dan hanya seorang anak perempuan sajalah yang akan mewarisi harta saya. Adakah saya boleh mengeluarkan sedekah dua pertiga dari harta saya? Baginda menjawab: Tidak! Aku bertanya lagi: Bagaimana kalau sebahagiannya? Baginda menjawab: Tidak! Tetapi satu pertiga dan satu pertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa dan meminta-minta kepada orang lain. (Riwayat Hadith al-Bukhari dan Muslim.)
Wasiat akan berkuatkuasa apabila pemberi wasiat telah meninggal dunia.
Pertama : Wasiat merupakan satu hak yang wajib dilaksanakan selepas pemberi wasiat tersebut meninggal dunia, sebelum harta pusaka dibahagikan kepada waris simati.. Ia sabit dari ayat suci:
An-Nisaa [12] ….sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya.
Kedua : Harta wasiat tidak dibenarkan ia dituntut kepada pembuat wasiat sebelum beliau meninggal dunia.
Ketiga : Wasiat tidak dibenarkan lebih dari satu pertiga harta peninggalan simati.
Keempat : Sekira pewaris tidak menyempurnakan wasiat simati, penerima wasiat berhak menuntut dari pewaris, atau menuntut hak mereka melalui mahkamah.
Kelima : Tidak boleh dibuat wasiat kepada pewaris yang memang telah ada hak mengikut faraid.
Keenam : Wasiat boleh dibatalkan oleh pembuat wasiat sebelum beliau meninggal dunia atau ditukar dengan wasiat yang lain.
Ketujuh : Wasiat hendaklah ditulis oleh pemberi ketika beliau membuat wasiat dengan saksi oleh 2 orang lelaki atau 1 lelaki, 2 perempuan
Kelapan : Mewasiatkan sesuatu harta, tidak perlu lafaz majlis akad wasiat. Sekiranya wasiat yang dibuat melebihi dari satu pertiga, terpulang kepada pewaris, samada mereka hendak menyempurnakan wasiat tersebut, atau tidak.
Kesembilan : Jika simati telah membuat wasiat tidak adil, atau haram, maka tidak wajib pewaris menyempurnakan wasiat tersebut.
Kesepuluh : Harta yang diwasiatkan itu hendaklah kepunyaan mutlak hak pemberi wasiat dan halal pada hukum syarak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment