Pages

Sunday, 29 August 2010

panduan kawal kemarahan


Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.
Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.
Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.
Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais."

"Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman" Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah.
Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya.

Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia "tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

 

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
·         (1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

·         (2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.

·         (3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

·         (4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
 
·         (5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.

·         (6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

·         (7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

·         (8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

·         (9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi.

Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan.
Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
 
 Apabila anda hendak marah…saya sarankan anda ingat kisah "PAKU DI DINDING" ini.
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,
bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja,
pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali
paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
'"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal
atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal"'.


Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita .



Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang
di dinding hati awak

Syaitan Dan Hidung



 



Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

 


Malah ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

 

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya



Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,
boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,
setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah
dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........

"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku"
 


.



CANCER FROM YOUR CAR?

 

 
 

   

Now this is very interesting! My car's manual says to roll down the windows to let out all the hot air before turning on the A/C.
 
WHY?

No wonder more folks are dying from cancer than ever before.  

We wonder where this stuff comes from but here is an example that explains a lot of the cancer causing incidents.  
 
 
 
Many people are in their cars the first thing in the morning, and the last thing at night, 7 days a week.

 
As I read this, it makes me feel guilty and ill. Please pass this on to as many people as possible. Guess its not too late to make some
changes


Car A/C (Air Conditioning) MUST READ!!!

 Please do NOT turn on A/C as soon as you enter the car.


Open the windows after you enter your car, and then turn ON the AC
after a couple of minutes.



Here's why: According to research, the car's dashboard, seats, a/c ducts in fact ALL of the plastic objects in your vehicle, emit Benzene, a Cancer causing toxin. A BIG CARCINOGEN.

 
 
Take the time to observe the smell of heated plastic in your car, when you open it, and BEFORE you start it up.
 

In addition to causing cancer, Benzene poisons your bones, causes
anemia and reduces white blood cells. Prolonged exposure will cause
Leukemia and increases the risk of some cancers.

 
It can also cause miscarriages in pregnant females.


Acceptable Benzene level indoors is:
50mg per sq.ft.
A car parked indoors, with windows closed, will contain
400-800 mg of Benzene.


If parked outdoors, under the sun,  at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up to
2000-4000 mg, 40 times the acceptable level.
 

People who get into the car, keeping the windows closed, will nevitably
inhale, in quick succession, excessive amounts of the BENZENE toxin.



Benzene is a toxin that affects your kidneys and liver. What's worse, it is extremely difficult for your body to expel this toxic stuff from your body.



So friends, please open the windows and door of your car - give it some time for the interior to air out - (dispel the deadly stuff) - before you enter the vehicle.



Thought: 'When someone shares something of value with you and you
benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'


This is what
snopes.com <http://snopes.com/>  says.  
It is not the air conditioning in the car but the Benzene producing agents that cause cancer.
 

               

http://www.snopes.com/medical/toxins/benzene.asp <http://www.snopes.com/medical/toxins/benzene.asp>
 

 



Thursday, 26 August 2010

Kisah seorang cikgu tadika



Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?

Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?

Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?

Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...


Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?

Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?

Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?

Murid-murid : tak nampak.
Amin: cikgu ada otak tak?

Murid-murid : tak ada.

Ganjaran besar baca al-Quran ketika Ramadan

Oleh Hasliza Hassan
2010/08/26


AL-QURAN yang menjadi petunjuk kepada manusia menghimpun pelbagai pengajaran meliputi kebaikan akhlak, kisah teladan, serta penawar segala penyakit batin seperti kufur, syirik, hasad dengki dan khianat.

Allah berfirman bermaksud: Wahai umat manusia, sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan penawar bagi penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan menjadi hidangan petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman. (Surah Yunus, ayat 57)

Fadilat membaca al-Quran memang besar seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: Orang yang membaca al-Quran dengan lancar, maka dia bersama malaikat yang mulia, manakala orang yang membaca al-Quran kurang lancar, maka baginya dua pahala.
Catatan sejarah menunjukkan ulama terdahulu tidak pernah lekang dengan amalan mengaji al-Quran sebaik tiba Ramadan. Mereka menghentikan kegiatan lain selain beristiqamah dengan amal ibadat, termasuk mengaji al-Quran.

Dalam satu riwayat, diceritakan bahawa Imam Malik, sebaik saja Ramadan tiba tidak mahu lagi menyibukkan diri dengan tugas lain serta meninggalkan seketika urusan mengajar, memberi fatwa atau hal berkaitan keduniaan sebaliknya menumpukan amalan membaca al-Quran.

Imam Malik pernah berkata sebaik tiba Ramadan: Ini adalah bulan al-Quran. Begitu besar penghormatan diberikan seorang aulia (pewaris nabi) terhadap Ramadan dan al-Quran, seolah-olah tersimpul dalam ikatan sungguh kuat hingga sanggup menghentikan segala urusan lain.

Dalam beberapa riwayat ada dicatatkan kalangan ulama membaca al-Quran dengan penuh tartil (teliti). Kerap kali mereka menangis ketika membaca ayat al-Quran yang mengandungi pelbagai petunjuk serta bimbingan.
Dalil al-Quran diturunkan pada Ramadan adalah firman Allah yang bermaksud: Beberapa hari yang ditentukan itu adalah Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan yang membezakan (antara yang hak dan yang batil). (Surah al- Baqarah, ayat 185)

Amalan tadarus bukan saja dapat meningkatkan kefahaman terhadap makna ayat suci, malah memperbetulkan kesilapan bacaan terutama dari segi tajwid dan makhrajnya.

Bertadarus al-Quran menjadi amalan sepanjang Ramadan sama ada dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan bagi mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala berganda daripada Allah.

Tenaga pengajar di Masjidil Haram di Makkah, Dr Syeikh Md Idrees Al Mashrafe, 48, berkata umat Islam digalakkan bukan saja berusaha bersungguh-sungguh membaca al-Quran, malah khatam bacaan kitab suci itu ketika Ramadan.

Katanya, Ramadan yang juga dikenali sebagai bulan al-Quran seharusnya menjadi pendorong untuk umat Islam mengaut sebanyak ganjaran pahala yang mungkin dengan melakukan amalan digalakkan termasuk membaca al-Quran.

Sepanjang bulan mulia ini, umat Islam perlu berusaha sama ada secara perseorangan atau berkumpulan di masjid, pejabat atau bersama seisi keluarga, bertadarus sehingga khatam atau sekurang-kurangnya dapat menghabiskan beberapa juzuk al-Quran, katanya.

Beliau yang menjadi imam jemputan solat sunat terawih di Masjid Kampung Baru sejak 1998, akan khatam al-Quran yang dibaca setiap malam sewaktu mengimamkan solat terawih pada malam 27 Ramadan nanti.

Mengenai sambutan nuzul al-Quran yang disambut sebagai cuti umum di sesetengah negeri dan diadakan majlis tazkirah sempena memuliakan tarikh diturunkan kitab suci itu kepada Nabi Muhammad SAW, katanya itu adalah amalan dianjurkan.

Hafiz pada usia 11 tahun, Dr Md Idrees, melahirkan rasa bangga dengan semangat umat Islam di negara ini mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan dan berharap amalan itu dilakukan secara istiqamah.

Beliau juga menggalakkan umat Islam beriktikaf di masjid pada 10 terakhir Ramadan untuk melakukan solat sunat, membaca al-Quran serta memperbanyakkan berdoa dan antara masa mustajab berdoa ialah sebelum azan menandakan waktu berbuka puasa.

Ketika duduk menantikan azan untuk berbuka puasa, berdoalah kepada Allah. Minta apa yang hendak dan dengan izin Allah, akan dimakbulkan. Tetapi jika sudah banyak berdoa, masih belum dikurniakan, mesti ada hikmah di sebaliknya.

Apabila doa diminta tidak tertunai, maknanya Allah simpan untuk diberi di akhirat nanti atau permintaan itu akan datang masalah. Nabi Musa pun Allah makbulkan doanya selepas 40 tahun inikan kita manusia biasa. Yang penting, jangan jemu berdoa, katanya.

Beliau yang turut ditemani isterinya bakal meraikan sambutan hari raya bersama masyarakat di ibu kota dengan mengimamkan solat sunat Aidilfitri di Masjid Kampung Baru. Katanya, Aidilfitri di Malaysia meriah kerana ada rumah terbuka.

Monday, 23 August 2010

Kena tindih / Sleep paralysis

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih....kepercaya an dan kebenaran..
just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........ betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer..... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'....adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). . ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap.....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni......so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter...... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik......mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations( halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye.. ........

Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki...bacalah Alhamdulillah! !!!.....
Heheheeeee…..

 
 

Sunday, 22 August 2010

Ibu Mithali - Renungan Bersama

IBU MITHALI

OLEH NORHASHIMAH HASHIM

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" tahun ini."


Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"


"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anak-anak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abang abang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."


Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak. Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."


Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. ..."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.


Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Mithali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Mithali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Mithali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.' Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.

Thursday, 19 August 2010

Something to ponder

There was a little boy visiting his grandparents on their farm. He was given a slingshot to play with out in the woods. He practiced in the woods, but he could never hit the target. Getting a little discouraged, he headed back for dinner.

As he was walking back he saw Grandma's pet duck. Just out of impulse, he let the slingshot fly, hit the duck square in the head and killed it. He was shocked and grieved! In a panic, he hid the dead duck in the wood pile, only to see his sister watching!

Fatima had seen it all, but she said nothing. After lunch the next day Grandma said, ' Fatima , let's wash the dishes.' But Fatima said, 'Grandma, Ahmed told me he wanted to help in the kitchen.' Then she whispered to him, 'Remember the duck?' So Ahmed did the dishes.

Later that day, Grandpa asked if the children wanted to go fishing and Grandma said, 'I'm sorry but I need Fatima to help make supper.'

Fatima just smiled and said, 'Well, that's all right because Ahmed told me he wanted to help. She whispered again, 'Remember the duck?' So Fatima went fishing and Ahmed stayed to help.

After several days of Ahmed doing both his chores and Fatima 's, he finally couldn't stand it any longer.

He came to Grandma and confessed that he had killed the duck. Grandma knelt down, gave him a hug and said, 'Sweetheart, I know. You see, I was standing at the window and I saw the whole thing, but because I love you, I forgave you. I was just wondering how long you would let Fatima make a slave of you.

Thought for the day and every day thereafter

Whatever is in your past, whatever you have done... and the devil keeps throwing it up in your face (lying, cheating, debt, fear, bad habits, hatred, anger, bitterness, etc.)...whatever it is...You need to know that Allah was standing at the window and He saw the whole thing. He has seen your whole life. He wants you to know that He loves you and that you are forgiven.

He's just wondering how long you will let the devil make a slave of you.

The great thing about Allah is that when you ask for forgiveness, He not only forgives you, but He forgets. It is by Allah's grace and mercy that we are saved.

Monday, 16 August 2010

MAKRUH DALAM SOLAT WAJIB



ENAM BELAS PERKARA YANG MENGURANGKAN PAHALA SOLAT WAJIB ANTARANYA:-  
01. Meninggalkan yang sunat.  
02. Memaling muka ke kanan dan ke kiri.  
03. Memandang atau mengangkat muka ke atas.  
04. Rukuk dan sujud yang dilakukan dengan tidak sempurna.  
05. Menyapu pasir atau tanah yang terdapat di tempat sujud ketika hendak sujud kecuali perbuatan itu dilakukan hanya sekali dalam keadaan terpaksa.  
06. Meludah ke kanan atau ke hadapan sebaliknya hendaklah meludah ke kiri atau ke bawah tapak kaki kirinya (jika solat berseorangan dan tidak dilakukan di dalam masjid).  
07. Solat dengan meletakkan kedua-dua tangannya pada pinggang seperti bercekak pinggang.  
08. Memberi isyarat tertentu dengan tangannya kecuali isyarat menjawab salam atau untuk menegur imam seperti perkataan subahanallah bagi lelaki manakala wanita dengan menepuk belakang tangan sekali sahaja.  
09. Mengira atau membilang sesuatu.  
10. Mengangkat tangan ke atas atau membalik-balikkanny a ketika mengucapkan salam.  
11. Membuka mulut ketika menguap. Rasulullah SAW bersabda dari Abu Hurairah r.a. katanya, Menguap dalam solat adalah dayang daripada Syaitan, jika seseorang kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut selebar-lebarnya dengan menutupnya )  - Petikan dari Hadis Riwayat Tarmizi & Muslim.  
12. Solat dalam keadaan menahan diri dari membuang air kecil dan air besar atau menahan lapar.  
13. Memandang kepada sesuatu yang melalaikan yang berada di hadapan seperti hamparan sejadah yang berwarna, gambar, pakaian yang berwarna-warni dan sebagainya.  
14. Menurunkan kain hingga mencecah ke lantai serta menutupi kedua-dua buku lali (bagi lelaki).  
15. Solat dalam keadaan mengantuk.  
16. Membunyikan ruas-ruas tangan (meletupkan anak-anak jari).  


. : Berfikir dengan baik adalah suatu perbuatan yang bijak,
merancang dengan baik adalah sesuatu perbuatan yang lebih bijak,
membuat sesuatu dengan baik adalah suatu perbuatan yang paling bijak dan paling baik sekali :.
 


Sunday, 15 August 2010

Kes Histeria dan pengajarannya


< INFO BERGUNA UNTUK DIAMALKAN >

Anda ingat lagi kes ini?  

OGOS 2009
, ia menandakan sudah sebulan aku mengikuti perkembangan masalah histeria melibatkan lebih 30 pelajar di sebuah sekolah di semenanjung tanah air (maaf, tak perlu sebut nama tempat. saya tidak mahu lokasi saya dan SHAHi dikesan 'sesetengah orang'). Masalah itu bermula sejak April 2009 dan terus berlarutan sehingga Ogos tanpa penyelesaian serta penjelasan yang kukuh. Malah, ia berlaku setiap hari.

Pelbagai teori muncul dari mulut penduduk-penduduk setempat dalam menghuraikan punca sebenar masalah itu tercetus. Guru-guru juga tidak terlepas daripada mengutarakan teori-teori mengenai punca terjadinya serangan histeria di sekolah itu.

Aku pula yang selalu hadir memantau bagi mendapatkan bahan berita di sekolah itu juga tidak terlepas daripada membuat tanggapan terhadap punca berlakunya histeria itu. Tanggapan yang aku buat pula hanya bersandarkan kepada teori-teori penduduk setempat dan guru-guru sekolah itu.

Disebabkan selalu sahaja berita mengenai kejadian itu tersiar di dada akhbar, nama aku mula menjadi tumpuan sejumlah bomoh, pengamal perubatan tradisional, pakar psikologi, pakar psikiatri dan pakar perubatan alternatif. Mereka semua tidak putus menghubungi aku, ada yang mahu menghulurkan bantuan kepada pelajar sekolah malang itu, ada pula yang hanya sekadar mahu tahu cerita sebenar dan ada pula bomoh palsu yang hanya mahu mempergunakan aku untuk meraih glamer di dada akhbar.

Bahkan, ada juga seorang psikik dari Indonesia yang datang menemui aku untuk menghulurkan bantuan kepada pelajar mangsa histeria di sekolah itu. Psikik itu ternyata seorang psikik, aku sudah mengujinya dengan modul aku sendiri. Namun, dia juga tidak berjaya memulihkan keadaan di sekolah itu. Histeria terus berlarutan.

Sepanjang memantau keadaan di sekolah itu, aku sempat menemui beberapa pelajar untuk ditemubual sebagai responden berita. Melalui temubual itu, pelajar-pelajar memberitahu aku bahawa mereka ternampak beribu-ribu makhluk hitam merayap di atas tanah, di lantai bilik kelas, di atas siling, di papan hitam dan sebagainya.

Ada pula yang besar setinggi bangunan tiga tingkat, ada yang kecil, ada yang seperti budak, ada seperti perempuan, ada juga seperti lelaki, semua makhluk itu berwajah hodoh. Ada juga seperti seorang 'nenek' yang gemar memanjat di belakang pelajar sekolah itu sehingga menyebabkan mereka terbongkok-bongkok menampung beratnya makhluk seperti nenek itu. Nenek itu sangat gemar menunggang manusia.

Malah pelajar sekolah itu turut beritahu aku bahawa mereka pernah mengadakan majlis bacaan Yassin dan doa selamat di sekolah itu untuk memohon perlindungan Allah daripada gangguan makhluk halus. Menurut seorang pelajar perempuan yang menceritakan perkara itu kepada aku, dia beritahu bahawa dia didatangi 'nenek' tadi semasa sedang membaca Yassin. Nenek itu sedikit pun tidak gentar dengan bacaan al-Quran. Nenek itu dengan wajah bengis membisikkan ke telinga pelajar itu: "La ila, La ila, La ila.." yang bermaksud 'Tiada tuhan, tiada tuhan, tiada tuhan.." sebanyak berkali-kali dengan suara menakutkan. Pelajar itu ketakutan ketika tiada siapa melihat perkara yang dia sedang lihat ketika itu. Dia kemudian diserang histeria ketika majlis doa selamat itu.

Namun, kisah itu tidak aku laporkan dalam laporan akhbar kerana berasa kekok untuk menceritakan semuanya dengan terperinci. Kini, dengan ikhlas aku lapor kepada pembaca blog ini semua.

Pelbagai usaha sudah dilakukan untuk menamatkan episod histeria di sekolah itu, sudah berpuluh-puluh juga bomoh dan pengamal perubatan tradisional datang tampil untuk membantu tetapi gagal. Pada masa yang sama juga, berpuluh-puluh lagi menelefon aku untuk menyatakan mereka mahu menghulurkan bantuan. Kemudian setiap panggilan telefon seterusnya, aku minta mereka berhubung terus dengan pengetua sekolah. Aku sudah penat melayan mereka semua kerana aku juga ada tugas lain yang harus disempurnakan.

Kemudian pada September, seorang alim dari Perak menghubungi aku. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Pak Ku (bukan nama sebenar) dan menyatakan kesediaannya untuk membantu pelajar sekolah itu menyelesaikan masalah histeria. Katanya, dia bukan pengamal perubatan, dia juga bukan bomoh, dia hanya mahu membantu. Keikhlasannya terpancar jelas walaupun kami hanya bercakap melalui telefon pada ketika itu. Aku setuju, kemudian aku menghubungi pengetua sekolah itu dan menyatakan niat murni Pak Ku.

Selang dua hari selepas itu, Pak Ku tiba di sekolah itu dan mahu berjumpa dengan aku untuk menyatakan terima kasih atas bantuan yang aku berikan. Aku tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah itu untuk melihat proses pengubatan yang dilakukan Pak Ku. Aku hanya menunggu dari luar pagar.

Aku ingin melihat, lalu aku telefon pembantu Pak Ku menggunakan Video Call 3G dan aku menyaksikan pengubatan yang dilakukan Pak Ku. Biasa saja kaedah pengubatan Pak Ku, tak ada yang istimewa. Hanya sekadar membaca ayat al-Quran dan menghembus pada segelas air, lalu dipercikkan ke ubun-ubun pelajar yang terkena histeria.

Beberapa jam kemudian ketika aku sedang duduk di luar pagar sekolah, aku lihat Pak Ku mengekori seorang pelajar perempuan yang sedang dalam keadaan histeria (sampuk). Budak perempuan itu membawa Pak Ku ke satu kawasan dan menuding jari ke arah satu sudut. Kemudian dari jauh aku lihat Pak Ku berubah menjadi sedikit terkejut dengan benda yang ditunjukkan budak perempuan itu kepadanya. Pak Ku membaca sesuatu dan menyapu kepala budak itu dengan air, budak itu rebah dan kemudian dipapah guru-guru wanita. Budak perempuan itu adalah murid terakhir yang disembuhkan pada hari itu.

Pak Ku kemudian bertemu semua ibu bapa pelajar berkenaan dan menyampaikan pesanan mengenai cara mengelak anak mereka 'diserang' lagi pada masa akan datang. Apabila kelihatan seperti selesai semuanya, Pak Ku melangkah keluar dari pagar sekolah dan bertemu dengan aku.

"Dah beres ke Pak Ku?"
aku tanya.
"Belum. Malam ini, Pak Ku nak hang ikut Pak Ku. Itu pun kalau hang tak ada urusan lain malam ni."
kata Pak Ku dalam dialek Perak Utara.
"Insya-Allah. Lagipun isteri dan anak saya ada di kampung hari ni. Boleh saja nak ikut Pak Ku, tapi pukul berapa nak jumpa?"
aku balas.
"Kita jumpa solat Maghrib sama-sama nanti di masjid depan tu."
kata Pak Ku.



Menjenguk dari luar tingkap
 

Malam itu selepas selesai solat Maghrib, Pak Ku berpesan kepada aku supaya menjaga wuduk supaya tidak terbatal. Pak Ku juga berpesan supaya aku berniat dalam hati untuk terus pergi ke masjid untuk menunaikan Isyak apabila tiba waktu.

Pak Ku membawa aku ke belakang sekolah itu, dia duduk di sebelah kanan aku dan pembantunya di sebelah kiri aku.

"Pak Ku nak tunjuk satu perkara kat hang. Tapi Pak Ku pesan, jangan langkah ke depan atau ke belakang. Tetap berdiri tegak, jangan bergerak-gerak. Banyakkan bertasbih dan jadikan hati tak sabar nak menunaikan Isyak pula selepas ini."
pesan Pak Ku.

Aku mengangguk tanda faham walaupun aku sebenarnya kurang faham tujuan Pak Ku. Kemudian Pak Ku membaca ayat-ayat suci al-Quran dan diakhiri 'sodaqollah-hul-azim'.
Pak Ku kemudian melafazkan:

"Kamu juga makhluk Allah. Kami juga makhluk Allah, tapi kami khalifah yang beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan semua janji-janji-Nya. Aku berserah kepada Allah, Maha pencipta yang menciptakan 'kamu' dan kami. Perlihatkan anak Adam ini dengan dunia kamu, dengan kalimah La-ila-ha-illallah."
lafaz Pak Ku.

Selepas kata-kata itu dilafazkan, terlihat seperti ada tingkap. Semakin lama, semakin luas bukaannya. Aku lihat ada perempuan cantik menanggalkan pakaiannya satu persatu di depan mataku. Kemudian aku sayup-sayup terdengar suara Pak Ku berulang kali memesan 'jangan melangkah walau setapak'. Terdengar suara Pak Ku begitu jauh sekali walaupun hakikatnya Pak Ku hanya duduk beberapa inci di sebelahku.

Aku lihat ada dunia di belakang wanita itu. Ramai juga dayang-dayangnya yang cantik-cantik. Ada juga ular  jinak berlingkar-lingkar di kaki wanita yang sudah tidak berpakaian itu. Aku tetap berpegang kepada pesanan Pak Ku, jangan bergerak walau setapak.

Kemudian aku terdengar suara wanita itu seperti dia berbisik ke telingaku walaupun bibirnya sedikit pun tidak bergerak: " Kamu manusia yang menginginkanku, aku berikan segala yang kamu mahu, melangkahlah ke arah ku ," itu bisikan yang menyusup deras ke pangkal jiwa, sekadar yang aku masih ingat.

Perlahan-lahan, wajah wanita muda itu bertukar hodoh. Ular jinak tadi pula semakin ganas seperti mahu membaham aku.

Sayup-sayup, aku terdengar satu suara seperti memanggil-manggil jiwaku. Suara itu sebati dengan niatku sebelum itu. Tingkap itu terus tertutup sedikit-demi sedikit, sempat juga terlihat 'anak-anak kecil' berlari menyusup masuk ke tingkap yang sedang tertutup itu. Terasa belakangku ditepuk, aku dengar suara Pak Ku membisikkan dua kalimah syahadah di telingaku. Kemudian, aku terasa seperti terjaga daripada lena.

Pak Ku kemudian membaca sesuatu dan melontar beberapa ketul batu bersama pembantunya ke arah kawasan yang aku menghadap tadi.

"Jom kita pergi sembahyang Isyak,"
itulah peringatan Pak Ku sebaik aku 'terjaga'.

Selesai solat Isyak, Pak Ku menceritakan perkara sebenar kepada aku. Menceritakan mengenai perkara yang aku lihat sebentar tadi tetapi tidak faham.

"Pak Ku suruh hang jaga wuduk supaya hang tak disentuh makhluk tadi. Pak Ku suruh hang kuatkan azam untuk tunaikan solat Isyak supaya azan Isyak yang hang dengar tadi itu dapat panggil jiwa hang daripada terus terbuai dengan godaan syaitan. Niat untuk tidak mahu tinggalkan waktu Isyak itulah yang menguatkan jiwa hang.
 

"Jiwa hang terpanggil oleh azan tadi disebabkan hang niat nak solat dengan ikhlas. Syaitan tak mampu goda manusia kalau manusia tu ikhlas. Itu senjata kita"
kata Pak Ku.

"Yang tadi tu syaitan?"
aku tanya.

"Ya. Itu syaitan yang sangat benci manusia dan selalu mahu menyesatkan manusia. Dia (syaitan) berusaha untuk goda dengan cara tadi (menjelma wanita berbogel) sebab dia tahu isteri hang tak ada di rumah. Sebab dia tahu hang rindu isteri hang.
 

"Tapi mujur hang tak melangkah walau setapak. Sebab kalau hang melangkah walau setapak tidak kira ke depan atau ke belakang pada masa tu, hang akan melangkah masuk ke dunia 'dia'. Kita manusia ni dilarang masuk ke dunia dia (syaitan). Yang hang tengok tadi cuma dari luar pintu. Hang tak masuk pun dalam dunia tu.,"
kata Pak Ku.

"Tapi, kenapa Pak Ku buat macam tu. Saya tak mintak pun Pak Ku tunjuk semua tu kat saya,"
aku menyoal.

"Pak Ku buat macam tu sebab Pak Ku nak bagi peluang hang tengok apa yang sebenarnya ada di belakang sekolah ni. Sebab Pak Ku yakin, hang takkan melangkah masuk. Atas sebab tu Pak Ku bagi peluang kat hang,"
kata Pak Ku.

"Sebelum saya sedar tadi, ada 'benda' macam budak-budak kecil berlari masuk ke situ. Apa benda tu? Lepas tu, apa yang Pak Ku lontar batu?"
aku tanya lagi.

"Itu juga syaitan, jin. Lontar batu tu sebagai tanda benci kepada syaitan, tapi tak sama macam melontar di Mekah. Lontar tu sebagai amaran supaya dia jangan ganggu anak Adam lagi. Makhluk-makhluk kafir tu lari masuk ke dunia dia selepas dengar azan Isyak. Pak Ku pilih waktu antara Maghrib dengan Isyak sebab waktunya pendek. Kalau Pak Ku ambil waktu antara Isyak dengan Subuh, itu nampaknya hang kena tahan godaan dalam tempoh yang lama. Lagi pula kalau wuduk terbatal antara waktu yang panjang tu, maka lagi senanglah dia nak goda.
 

" Pak Ku buat ni sebab dapat rasa yang hang ni susah nak percaya kat bomoh-bomoh tipu yang hanya nak ambik kesempatan atas hang untuk glamer di surat khabar. Pak Ku buat ni sebagai nak bagi hadiah atas kesudian hang bagi peluang kat Pak Ku untuk tolong budak-budak ni. Terima kasih sebab percaya dengan niat Pak Ku. Tak perlu tulis cerita Pak Ku cuba ubati budak-budak sekolah ni dalam surat khabar,"
jelas Pak Ku.

Kemudian Pak Ku beritahu aku, dia tidak mengubat orang. Dia hanya mahu menolong budak-budak sekolah itu yang mahu belajar dan terganggu setiap kali ada kejadian histeria. Dia tidak pandai mengubat orang, dia hanya 'menyuruh benda itu' balik ke dunia mereka. Itu saja. Kata Pak Ku, dia tidak pandai mengubat saka, dia juga tidak pandai mengubat santau, tetapi dia boleh melihat dan berunding dengan makhluk-makhluk itu. Tetapi juga, dia hanya boleh berunding dengan makhluk-makhluk halus yang tidak ada perjanjian dengan manusia. Aku sukar mempercayainya, tetapi Pak Ku sudah buktikan kepada aku. Itu kelebihan yang Pak Ku ada.



Kes selesai
 

Seminggu kemudian, masalah histeria itu berakhir. Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana isu histeria di sekolah itu berakhir, Pak Ku lah orang yang menamatkannya dengan izin Allah. Aku pula sudah tidak perlu lagi berulang-alik ke sekolah itu untuk melapor berita yang aku sudah bosan menulisnya setiap hari. Aku sudah boleh memberi tumpuan kepada berita-berita lain terutama berita jenayah yang sangat aku suka tulis.

Pengalaman itu juga membuktikan bahawa azan mempunyai kuasa dalam mensejahterakan jiwa. Wuduk juga mempunyai kuasa sebagai perisai pertahanan diri daripada godaan syaitan. Niat yang mahu ke jalan Allah juga mempunyai kuasa yang akan menjadikan jiwa sebati dengan segala suruhan-NYA. Semua itu akan berkoordinasi dengan harmoni dalam tubuh manusia, menjadikan kita sedar tujuan kita diciptakan. Aku sudah merasainya, tapi sukar untuk aku buktikannya.

Sekali lagi, tidak ada bukti logik dalam perkara kuasa azan, wuduk dan niat. Tetapi, suara azan lah yang memanggil jiwa aku supaya sedar dengan niat aku sebelum itu. Ketika azanlah aku melihat ada 'anak-anak' berlari menyusup masuk ke alam itu. Aku juga tidak paksa pembaca semua percaya, mungkin ada yang kata ini hanya cerita karut. Jika karut bagi anda, maka terpulanglah.
--

Jangan pernah takut setiap kali melihat syaitan, jin atau hantu…makhluk-makhluk itu akan tersenyum bangga apabila mengetahui manusia berasa lebih takut kepada mereka melebihi rasa takut kita kepada Allah.

Anak Derhaka kerana Isteri tercinta


Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh
Utas Travel and Tours Sdn.Bhd.


Beberapa hari selepas kami berada di Mekah, saya mula terdengar cerita-cerita daripada jemaah yang saya bawa tentang hubungan dingin antara seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya. Si ibu berusia 60-an sementara anak dan menantunya akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa ratus jemaah yang saya bawa untuk mengerjakan haji beberapa tahun lalu.

Saya diberitahu, hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia lagi kerana wanita berkenaan kurang senang dengan perangai menantunya yang sombong dan mengongkong suami. Kerana hidup dalam kemewahan, menantunya itu tidak menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai mentua, apatah lagi seperti ibunya sendiri.

Seperkara lain yang wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya itu ahli perniagaan berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri, dia jarang membantah, apa lagi mengangkat suara. Apa sahaja kehendak isteri diturutkan walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya.

Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, wanita tersebut kesal kerana anak dan menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah lagi hendak tidur disana. Kalau singgah pun menantunya tidak mahu berada lama di rumahnya. Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat pulang.

Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya menegur sikap buruk isterinya itu, tetapi ia seperti tidak dilayan. Menantunya terus bongkak dan sombong. Si ibu juga mengingatkan anaknya jangan terlalu menurut kehendak isteri, namun dari sehari ker sehari, anaknya itu tetap mengikut telunjuk isterinya.

Saya dimaklumkan juga, wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya tidak senang dengan kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke tanah suci bersama suaminya sahaja tetapi kerana lelaki berkenaan berkeras juga hendak membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir yang memuncung panjang dan kata-kata sinis serta sindiran tajam. Kerana itulah sejak sampai ke Madinah dan Mekah hubungan dingin itu menjadi semakin parah.

Oleh kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di depan matanya hubungan buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia tidak mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang yang dia sayang. Tambahan pula dialah yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah.

Tetapi semakin hari perselisihan faham itu bertambah parah. Hubungan ibu lelaki tadi dengan isterinya semakin buruk. Bukan sekali mereka bertegang leher. Si ibu yang telah agak lanjut usianya, pastilah hendak supaya sentiasa dilayan hati dan perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong dan panas baran. Dia tidak suka melayan kehendak mentuanya itu yang baginya cerewet.

Akibat perselisihan faham, mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula enggan memakan makanan yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si anak tadi terpaksa membeli makanan diluar untuk ibunya.

"Macam mana isteri kau nih Man. Emak pun tak dihormatnya. Emak minta tolong sikit dia membebel. Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli, "rungut si ibu kepada anaknya.

"Abang tengok-tengoklah sikit emak abang tu. Cerewet, nak itulah, nak inilah, macam-macam. Saya dah cakap jangan bawa abang nak bawa juga. Hah...sekarang macam mana?" kata si menantu pula dengan suara yang kasar.

Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat tertekan. Hendak dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka. Hendak dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula terasa hati. Jadi sedaya yang boleh dia cuba memekakkan telinga dan membutakan mata daripada pertelingkahan itu.

Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar. Apabila berjalan, duduk di meja makan atau bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri. Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain. Mereka mula menjadi perhatian. Begitu juga saya. Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka.

Selepas lama berselisih faham, si anak sedikit demi sedikit menyebelahi isterinya. Bagi lelaki itu, ibunya yang bersalah kerana terlalu banyak meminta, cerewet dan terlalu ambil hati.

"Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu memujuk isterinya.

Suatu hari, si ibu memanggil anaknya. "Man, boleh tak kau belikan sejadah untuk emak? Di kedai bawah tu aja, "katanya. "Emak nak berapa?" soal anaknya. "Dalam 10 helai." "Eh, nak buat apa banyak-banyak?" soal si anak lagi. "Alaaah....nak buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan dan orang kampung. Dapat juga pahala, kau pun dapat pahala sama," kata si ibu dengan tersenyum.

Mendengar permintaan mentuanya itu, isteri si anak menarik muka masam. Matanya merenung tajam wajah suaminya sebagai isyarat "jangan layan!" Kemudian mukanya ditoleh ke arah lain. Ekoran itu, si anak yang pada mulanya mahu menuruti permintaan ibunya, kembali ke tempat duduk.

"Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah bila nak balik nanti saya belikan," jawab si anak.

Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati. Dia kecewa anak kesayangannya itu sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya menurut saja apa kata isteri.Lantas dia berkata,"Kau nih Man,emak nak benda tu pun tak boleh beri. Tapi kalau orang rumah kau, dah sampai penuh begnya pun kau nak belikan barang lagi. Emak ni kau belikan sedikit aja. Sampai hati kau Man."

Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa disangka anaknya naik berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi ibunya.

"Emak ni! Apa mak nak buat dengan barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat apa nak beli itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri macam-macam, sampai penuh beg. Saya ada anak. Saya nak belikan barang-barang untuk anak kami juga!" katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun naik menahan marah. Isterinya pula tersenyum puas.

Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati kau cakap macam tu dengan emak. Aku ni emak kau, tak boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini pun janganlah sampai emak sendiri engkau ketepikan, engkau marah-marah, "katanya dengan kecewa.

Si anak bertambah berang. "Emak tu dah tua,buatlah cara tua! Jangan nak minta itu minta ini!"

Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang dipeliharanya sejak kecil dengan penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu rupa. Tindakan anaknya yang sudah melampau itu menyebabkan si ibu marah.

Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, "Man, Aku ni emak kau tau. Aku yang lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan kau? Bila masa dia besarkan kau?

"Ingat Man, emaklah yang susah payah jaga kau, cari duit nak besarkan kau, hantar ke sekolah sampai kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau buat emak macam ni. Isteri kau lebihkan daripada emak kau sendiri. Dengan isteri kau cakap dengan baik tapi emak kau sendiri kau tengking-tengkingka n."

Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, "Kalau beginilah sikap engkau Man, mulai hari ini emak haramkan susu emak yang dulunya kau minum!"

Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh terjelepok ke lantai. Bagai panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah "membunuh" si anak tadi serta-merta. Begitu cepat balasan Allah kepada hamba-Nya. Tanpa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai, si ibu tadi bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia mengesat air matanya yang menitis dengan lengan bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Sementara itu si anak pula terkulai dengan mata terkebil-kebil. Badannya longlai dan lembik. Isterinya pula menangis tersedu-sedu.

Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu. Badannya seperti sedang sakit, namun apabila diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya. Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal menyedarkan si anak tadi. Dia dan isterinya tetap enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah menimpanya langsung tidak diambil iktibar. Bagi lelaki berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan Allah dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu petunjuk daripada Allah tentang kesilapannya. Ia cuma kebetulan.

Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa. Biarpun duduk sebilik dia diasingkan oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan minuman terpaksa dia pergi membelinya di luar. Di bilik, dan apabila berada di luar dia lebih banyak termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya mengapa, atau di mana anak dan menantunya, wanita tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis dan menangis.

Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah. Kesihatan si anak tadi semakin buruk. Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya untuk berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu terpaksa dipapah dan diusung semasa wukuf, sai, melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya benar-benar lemah untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut.

Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung, si ibu tadi menunaikan haji bersama-sama kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan oleh anak dan menantunya. Masing-masing menjauhkan diri dan tidak bertegur sapa seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain. Suatu hari saya menemui wanita tersebut.

"Mak aji...sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik tu. Yang lepas tu lepaslah, dia dah terima balasannya,"kata saya.

Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis dan mengesat air matanya yang gugur. Saya terus juga menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu langsung tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia sebaliknya cuma menangis. Dari raut wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan menantunya hingga dia tidak sanggup lagi bercakap tentang mereka.

Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir bila saya sebut nama mentuanya.

Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali ke tanah air. Sejak itu saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang saya terima memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak pulang ke tanah air si anak tadi sakit terus-menerus. Penyakitnya agak kronik dan gagal diubati doktor.

Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak berubah. Anak yang telah mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan sikap anaknya, tetap enggan memaafkannya. Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi antara satu sama lain.

Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia selepas menderita sakit selama 10 tahun.


"TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN KAMU BENTAK MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA KATA-KATA MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU MASIH KECIL."

[Surah al-Israa' 7:23-24.]


Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."

Hanya secebis kertas


 

TERIMA kasihlah ustaz! Rasanya tidak terbalas budi itu," ucap Pak cik Amin perlahan - salah seorang jemaah yang saya bawa pada tahun 1997.

Dia mengungkapkan ucapan itu selepas jenazah isterinya, Maznah, selamat dikebumikan di suatu kawasan perkuburan di Jeddah.
"Sama-sama... itu dah jadi tanggung jawab saya," kata saya sewaktu berjalan keluar dari kawasan perkuburan itu.
Dalam pada itu saya sabarkan lelaki berusia 58 tahun itu selepas melihat dia teresak-esak.
Sampai di hotel, saya catatkan nama tanah perkuburan itu dan lakarkan lokasi kubur Allahyarham Mak cik Maznah dan daerahnya sekali, Perkuburan di Mekah, Jeddah atau Madinah berbeza daripada Malaysia.
Di sana tidak ada batu nisan atau tanda yang menunjukkan bahawa kubur itu milik si polan bin si polan. Kalau waris datang berziarah hanyalah berdasarkan ingatan sahaja.

Sejak bekerja dengan Tabung Haji 10 tahun lalu, itulah kali pertama saya mencatatkan nama perkuburan dan tempat mayat dikebumikan. Yang peliknya siap dengan lakaran peta sekali. Sebelum ini saya tak pernah buat begitu.
Biasanya selesai semua urusan pengebumian, pegawai Tabung Haji tidak akan ambil tahu fasal kubur.
Bergantunglah pada waris jemaah yang ada masa itu jika mahu mencatat nama dan kedudukan kubur tersebut.
Entahlah, saya tak tahu mengapa tiba-tiba hati tergerak untuk melakarkan peta itu. Mungkin diselubungi rasa simpati yang melangit, kertas sebesar duit lima puluh ringgit itu saya serahkan kepada Pak cik Amin.
Peliknya Pak cik Amin tak bertanya pun mengenai kertas yang saya hulurkan kepadanya. Dia ambil lalu disumbatkan ke dalam saku baju Melayunya.

Tidak banyak yang dicakapkannya, mungkin masih terkejut lagi dengan pemergian isterinya - di saat-saat bersiap-siap untuk pulang ke tanah air.Beberapa jam sebelum dijadualkan pulang, Pak cik Amin banyak termenung. Apabila terpandang jubah-jubah isteri di dalam beg dia menangis.

"Sabarlah pak cik, sudah ajalnya di sini. Nanti kalau ada kesempatan pakcik lawat dia," pujuk saya.

Pak cik Amin hanya mengangguk-angguk, tetapi air matanya terus berderai. Dia lalu menceritakan kebaikan arwah isterinya sejak berkahwin hampir 40 tahun.

"Saya redha, tetapi sebagai manusia biasa saya tak dapat menahan sedih," katanya sambil memeluk saya.

"Lupa pulak saya ustaz, apa nama kubur tu?" tanya Pak cik Amin setelah perasaannya dapat dikawal. Barulah saya sedar rupanya dia
tidak tahu langsung kertas yang saya berikan kepadanya itu.

"Mana kertas yang saya beri tadi?" tanya saya.
Pak cik Amin terpinga-pinga. Dia hilang punca, seolah-olah tidak tahu-menahu langsung.

"Kertas putih yang saya bagi pak cik tadi. Saya nampak pak cik masuk dalam kocek, cuba tengok," balas saya.

Pak cik Amin membuka beg kecilnya kemudian menggeleng-geleng.
Beberapa minit kemudian dia raba pula saku baju Melayunya. Berkerut keningnya apabila terpegang sekeping kertas. Lalu dikeluarkan dan ditunjukkan kepada saya.

Saya mengangguk dan kemudian berkata: "Dalam tu saya catatkan nama dan alamat kubur tu. Saya dah lakarkan peta dan kedudukan kubur arwahnya."

Pak cik Amin membuka lipatan, menelitinya seketika kemudian mengucupnya. Sedih benar saya lihat dia ketika itu.
Dilipatnya semula kertas itu lalu dimasukkan ke dalam beg kecil.
Dalam penerbangan balik saya perhatikan Pak cik Amin tidak putus-putus menatap kertas kecil yang saya berikan tadi.
Sesekali saya lihat air matanya meleleh. Mungkin perasaan hibanya datang dan pergi apabila mengingat saat-saat akhir isterinya menghembuskan nafas di pangkuannya sendiri.

Saya lalu teringatkan Makcik Maznah. Dia memang tak pernah sakit sepanjang mengerjakan haji. Badannya yang kurus dan kecil masih jelas di mata saya berjalan pantas ke sana ke mari. Pantang dengar ada jemaah wanita sakit, dialah yang dahulu akan sampai bertanya khabar.

Kerana itulah, saya cukup terkejut apabila Pak cik Amin beritahu, isterinya sakit dada pada senja kelmarin. Pasukan perubatan dipanggil untuk memberikan bantuan. Setengah jam kemudian Mak cik Maznah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suaminya.

"Terima kasih nak Hadi. Kalau panjang umur kita jumpa lagi," ucap Pak cik Amin sewaktu beriringan ke pusat kutipan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Semua beg Pak cik Amin dan arwah isterinya saya kumpulkan di satu tempat. Kemudian dia bersalam dan memeluk saya sebelum beredar. Perlahan-lahan dia lepaskan tangan saya dan terus berlalu sambil menolak troli yang sarat dengan beg. Saya hanya memerhati dia berjalan di celah-celah jemaah haji yang ramai.

Enam tahun berlalu... Mei 2003 saya ditugaskan mengetuai sekumpulan jemaah umrah. Bersama-sama rombongan saya adalah sekeluarga dari Puchong. Si suami berumur 40-an bernama Sahab dan isterinya, Mariam. Ke mana sahaja saya pergi Sahab akan mengekor.
Waktu makan pun dia selalu mencari tempat di sebelah saya. Kalau kebetulan dia sampai ke dewan makan lebih awal, Sahab akan tunggu hingga saya sampai. Dia akan sediakan kerusi untuk saya walaupun banyak lagi kerusi lain yang kosong.
Seboleh-bolehnya Sahab nak duduk dengan saya. Sikap ramah dan mesranya membuatkan saya tertanya-tanya kenapa dia bersikap begitu kepada saya. Saya rasa telah diberikan suatu penghormatan yang terlalu tinggi.

"Ustaz asal dari mana?" Sahab bertanya setelah hubungan kami semakin rapat suatu petang.

"Johor," jawab saya ringkas.

Sahab terdiam, tetapi mengangguk-angguk. Kemudian dia menyambung lagi... "Dah berapa lama kerja dengan Tabung Haji?"

"Dekat-dekat l5 tahun," jawab saya.

"Selalulah bawa jemaah haji?" tanyanya lagi,

Dengan mesra saya menjawab setiap pertanyaan dan saya rasa dia sedang mencari sesuatu daripada saya. Ada ketikanya saya takut apabila disoal siasat begitu.

"Banyak kali... Encik Sahab dah berapa kali ikut Tabung Haji," saya bertanya pula.

"Dua kali, dulu haji," Jawabnya.

Namun belum pun sempat menyambung kata-kata saya

Sahab lebih pantas bercerita: "Tahun lepas saya ke Jeddah melawat kubur arwah mak."
Sahab bercerita, emaknya meninggal semasa musim haji 1997 beberapa jam sebelum penerbangan balik ke Malaysia.
Demi mengikut peraturan Arab Saudi dia terpaksa dikebumikan di salah satu kawasan perkuburan di Jeddah.
"Ustaz ingat Pak cik Amin... isterinya Maznah," tanya Sahab.

Saya kerutkan kening cuba mengingat kembali nama lelaki yang disebut oleh Sahab.
Entahlah, saya tidak mampu mengingatinya kerana ramai sangat jemaah yang saya bawa sepanjang enam tahun lalu.
Sahab tersenyum melihat saya bersusah payah mengingati apa yang dikatakannya itu. Kemudian dia menyeluk beg sandangnya, mengeluarkan sekeping kertas putih yang sudah bertukar kekuning-kuningan. Kertas itu dah lunyai dan bekas lipatannya ada yang terkoyak.

Saya ambil kertas itu dan membelek-beleknya. Serta-merta ingatan saya kembali kepada Pak cik Amin.

"Ni tulisan saya, kalau tak salah saya berikan pada salah seorang jemaah haji yang isterinya meninggal beberapa jam sebelum pulang ke Malaysia dahulu," terang saya.

"Amin Wahid nama jemaah tu dan yang meninggal tu Maznah Ahmad. Mereka berdua mentua saya," jelas Sahab.

"Aaaaaaa... Pak cik Amin! Ya... yaaa.. saya ingat. Apa khabar dia sekarang?" saya tak sabar bertanya.

"Abah dah dua tahun meninggal. Dia beberapa kali berpesan kepada saya supaya mencari kakitangan Tabung Haji yang memberikan peta ni. Namanya dia dah lupa.

"Inna lillahi wa inna ilaihirajiunnnn..." balas saya.

"Memang dah lama saya cari ustaz... tak pernah bertemu," cerita Sahab tersenyum-senyum puas.

Saya menggeleng-geleng melihat secebis kertas yang sudah kusam itu. Menurut Sahab berpandukan kertas itulah adik-beradiknya menziarah kubur emak mereka setiap kali berkesempatan menunaikan haji atau umrah.
Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih, lantas dipeluknya saya.
Sambil menangis Sahab berkata, dia bersyukur kerana wasiat abahnya telah terlaksana - mencari saya.

"Tak terbalas rasanya budi ustaz. Kerana kertas yang sekeping nilah kami adik-beradik dapat cari kubur mak," ucap Sahab dalam esak tangisnya.

Dia memanggil isterinya lalu memperkenalkan saya.
Dengan linangan air mata, isteri Sahab beberapa kali mengucapkan terima kasih.
"Sikit saja pertolongan saya, malah saya dah lupa pun. Tetapi tak sangka ya, kerana sekeping kertas ikatan silaturahim kita bersambung. Itulah rahmat Allah," tambah saya.
Sejak itu hubungan saya dengan keluarga Pak cik Amin semakin rapat. Walaupun tidak ada pertalian darah tetapi persaudaraan Islam yang diikat daripada hanya secebis kertas kekal hingga ke hari ini.

Petikan: Majalah Mastika

 

Thursday, 12 August 2010

Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing

Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.


Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya"

Kekal cantik walau menyusu

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my

Eh, tak malukah?" tanya seorang teman. Dia bertanya begitu ketika membelek-belek album gambar saya yang sedang menyusukan bayi di kawasan tempat duduk kompleks membeli-belah. Mungkin gambar menyusu di tempat duduk kawasan orang lalu-lalang itu sedikit membuatkan dia rasa tidak selesa.
Dengan selamba saya menjawab; "Mengapa pula perlu malu? Rasa bangga adalah."

Entah apa sebabnya, menyusu bayi bagi kebanyakan ibu kini menjadi antara perkara yang memalukan mereka. Lebih mengecewakan, ada yang menganggap menyusu di khalayak kelihatan selekeh, tidak cantik dan kolot.

Menyusu terlalu lama (sehingga anak melebihi usia dua tahun) juga kata mereka menyebabkan payu dara cepat mengendur, sekali gus menjejaskan penampilan.

Sejauh mana fahaman mereka dalam hal itu, saya percaya semua disebabkan oleh kurangnya pengetahuan dan sokongan daripada orang sekeliling.

Apa yang pasti, menyusu sememangnya mempunyai banyak manfaat kepada ibu dan bayi sama ada dari segi kecantikan, kesihatan, mental serta emosi.

Payu dara kendur?
"Pandangan itu tidak benar sama sekali," kata Kaunselor Laktasi dari Pusat Perubatan Prince Court, Chuah Pek Chin.
Beliau yang telah lebih 30 tahun terlibat dalam bidang perbidanan berkata, menyusu tiada langsung kaitan dengan payu dara
kendur dan 'mahkota' wanita itu tetap berubah bentuknya apabila sampai masanya.

Perubahan bentuk payu dara, katanya, disebabkan rangkaian tisu-tisu pada bahagian itu lemah sejajar dengan peningkatan usia.
Malah wanita yang tidak pernah menyusukan sekali pun akan mengalami pengenduran payu dara lebih awal sekiranya mereka tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuk bersenam.

Bagi Pek Chin, menyusu sebenarnya mempunyai seni tersendiri. Ibu-ibu katanya, perlu tahu cara yang betul melekap bayi ke payu dara, barulah penyusuan akan berjaya.

Ibu-ibu yang menyusu juga sebenarnya memiliki payu dara yang lebih cantik dan penuh. Pemakaian coli yang sesuai untuk menyokong payu dara yang penuh amat membantu dalam mengekalkan bentuknya.

Bagaimanapun katanya, selepas bercerai susu ibu-ibu akan mendapati payu dara mereka sedikit 'jatuh' daripada biasa.
"Namun beberapa bulan selepas itu, hormon akan kembali stabil dan mereka perlu melakukan senaman untuk membuatkan ia kembali kepada bentuk asal," kata Pek Chin yang pernah berkhidmat di Eropah dan Singapura.
Tambahnya lagi, menyusu sememangnya mempunyai banyak kebaikan kepada ibu dan bayi.

Tentu sekali faktor kecantikan fizikal antara tarikan yang sepatutnya diambil berat oleh mereka yang ingin menyusukan bayi.
Menurutnya, daripada sesi bual bicara selepas bersalin yang beliau hadiri, ramai ibu mengaku menyusu membantu mereka kembali langsing secara semula jadi dengan pantas.

"Lemak-lemak berlebihan yang tersimpan dalam badan akan dibakar ketika menyusu. Bukankah ini antara bentuk senaman yang paling mudah dilakukan," katanya.
Bagaimanapun katanya, ibu-ibu perlu memastikan berat badan yang ideal sepanjang mengandung iaitu tambahan hanya sekitar 11 hingga 15 kilogram. Ini amat penting dalam usaha mendapatkan bentuk badan yang diingini selepas kelahiran kelak. Pengambilan makanan yang seimbang dapat membantu, begitu juga dengan senaman.

"Menyusu dapat mengurangkan risiko obesiti jangka masa panjang," katanya.
Bagi mengekalkan kesihatan ibu sepanjang menyusukan bayi, Pek Chin menyarankan agar mereka melakukan senaman ringkas seperti berjalan, regangan ringan dan senaman lantai sejurus badan kembali selesa (empat atau lima hari selepas bersalin).
Selepas enam hingga lapan minggu, mereka sudah boleh melakukan senaman berat seperti aerobik.
Tiada pemakanan khas diperlukan oleh ibu dalam menjayakan sesi penyusuan mereka. Yang paling utama adalah pengambilan makanan berkhasiat dan lengkap dengan pelbagai vitamin.

"Jika seorang dewasa memerlukan 2000 kcal setiap hari, ibu mengandung pula memerlukan tambahan antara 300 hingga 500 kcal lagi," kata beliau.

Menurutnya, sebanyak 700 hingga 800 kcal diperlukan untuk pengeluaran susu yang mana 500 kcal diperolehi daripada diet harian. Manakala 250 hingga 300 kcal lagi daripada penyimpanan lemak dalam badan.

Bagi ibu yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan pula katanya, mereka tidak memerlukan kalori tambahan.
Pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam penghasilan susu. Bagaimanapun kata beliau, meminum susu tidak bererti memperbanyakkan susu badan. Yang paling utama adalah pengambilan cecair bagi menggantikan air yang hilang melalui penyusuan.

"Ibu menyusu perlu mengambil banyak sayur segar, produk tenusu rendah lemak, daging merah dan juga protein," katanya.
Pengambilan kafein pula katanya perlu dihadkan antara satu atau dua cawan saja sehari, itu pun selepas menyusukan bayi. Jika tidak, bayi akan meragam dan tidak selesa.

Mengenai pengambilan suplemen pula, Pek Chin berkata sebenarnya ia tidak perlu jika kita mengambil makanan yang berkhasiat. Namun, ibu-ibu boleh meneruskan pengambilan suplemen yang dipreskrip doktor atau juga mencuba petua bergantung kepada keselesaan mereka.

"Walaupun begitu, vitamin B6 diketahui mampu meningkatkan pengeluaran susu," jelasnya.
Bagi ibu yang mengamalkan vegetarian pula, mereka mungkin mengalami kekurangan vitamin B12 yang terkandung dalam protein haiwan. Oleh itu, mereka perlu mengambil suplemen tambahan mengikut panduan yang diberikan pakar.