Salam ukhuwah buat semua. Semoga sihat dan ceria selalu disamping tugasan seharian. Terimakasih kerana sudi berziarah... atau terziarah :) Happy reading~!
Pages
Sunday, 5 September 2010
Qasidah sebuah surah....
"Quickly, move it to ICU."
Kelihatan beberapa wanita lelaki berbaju putih cemas berlari sambil menyorong katil beroda meyusuri kaki lima menuju ke bilik ICU.
Kelihatan wanita yang berlumuran darah seluruh bahagian kepala dan kaki kanan. Wanita yang terlantar kaku ini perlu diselamatkan.
Perasaan semakin cemas. Tiada sesiapa yang bersamanya melainkan tiga lelaki dan dua wanita lain yang seusiayang menghantarnya ke sini.
Wanita tersebut masih tidak sedarkan diri, roda katil yang disorong berputar laju. Bantuan pernafasan oksigen dengan segera di letakkan
ke rongga mulut dan hiudng wanita tersebut, wayar yang berselirat di pasang dan dimasukkan ke liang-liang urat. Beberapa lelaki dan
wanita berbaju putih begitu tekun dan cemas mereka tidak pernah leka walaupun sesaat dalam melaksanakan tanggungjawab yang cukup berat.
Mereka juga bertanggungjawab dengan mati atau hidup seseorang pesakit. Seboleh-bolehnya mereka akan cuba berusaha untuk
menyelamatkan, namun segala usaha yang dilakukan diserahkan kepada Maha pencipta yang satu. Malam semakin hening. Kelihatan tiga lelaki
dan dua wanita yang semakin cemas, merekalah yang menghantar mangsa ke sisni selepas beberapa minit yang lalu. Kelihatan tiga lelaki
tersebut memapah wanita yang berlumuran darah dari van Toyota berwarna putih berhenti tepat-tepat dipintu masuk wad Kecemasan
Pesakit Luar Hospital Bandar Sri Puteri. Dalam keadaan malam yang hening dan ditambah suasana dinihari yang sejuk tidak sedikit
menjadi halangan kepada petugas-petugas di hospital tersebut untuk bertindak pantas dalam meyelamatkan wanita yang masih tidak sedarkan
diri. Pendarahan di kepala adalah satu pendarahan yang serius dan wajar diselamatkan dengan segera. Bimbang keadaan semakin teruk.
Mencegah sebelum merawat itu adalah lebih baik. Pintu bilik ICU ditutup rapat , kelihatan beberapa lelaki dan wanita berjubah hijau
yang masuk ke dalam. Sambil menyorong wanita yang masih terlantar tidak sedarkan diri. Suasana menjadi hening dan sepi. Hanya yang ada
teman-teman yang menghantar wanita tersebut masih setia menanti di luar wad kecemasan.
"Di mana aku?"
Sofea betu-betul bingung , dia sendiri tidak pasti dimanakah dia berada. Keadaan yang gelap gelita, terasa seperti berada di dalam
sebuah bilik yang dikunci rapat. Dia melaung meminta tolong mungkin ada orang lain di situ yang boleh menolongnya. Dia bingung.
Diperhatikan seluruh tubuhnya yang kini hanya ditutupi pijama putih yang bersih. Air matanya mengalir laju. Ah dimanakah aku berada, ke
mana perginya semua? Mana perginya Shahrul , teman lelaki yang sering menemani hidupnya siang dan malam setelah Sofea kehilangan
Hassan suami tercinta. Dia masih ingat lagi beberapa tahun yang lalu kebahagian yang dibina bersama Hasaan dirampas sekelip mata,
mahligai yang dibina cuma mampu bertahan 15 tahun setelah Hassan terlibat dalam satu kemalangan ngeri. Tuhan telah meyanyanginya.
Dari detik itulah Sharul muncul dalam hidup Sofea. Dari Sahhrul, Sofea mengenali Jeffri, Kamal dan beberapa teman sekerja seperti
Natasha dan Linda. Waktu inilah Sofea sedang memikirkan di manakah Syuhadah, Akmal & Irfan, tiga permata hati yang menyinari
rumahtanggnya bersama Hassan. Air matanya kebali menitis deras jatuh ke bumi. Di bumi manakah dia berada, di dunia manakah ini, matanya
tidak dapat memanadag sekeliling , gelap pekat, namun dia meraba-raba seluruh tubuh , dia dapat merasakan hanya sehelai pakaian yang
menutupi tubuhnya.
"Di manakah akuuuuu!!!!"
Sofea melaung dan laungannya semakin kuat. Namun tiada siapa yang menjawab kecuali sekali sekala terdengar gema suaranya yang bersahut-
sahutan. Dia marasakan yang dirinya berada di satu bilik yang cukup luas, namun dia tidak pasti bilik apa dan di mana? Dia tidak putus
asa, laungannya semakin kuat.
"Di manakah aku!!!! Di manaaaaaaaaa....... Di mana akuuuuuuuu!!!!"
Kini laungannya bercampur sebak yang menghiris di jiwa. Sofea jatuh terjelepok apabila usahanya untuk menemui orang lain yang berada di
situ gagal. Kini yang bergema hanya tangisan Sofea yang kedengaran.
Dari satu sudut kelihatan ada satu cahaya lampu neon yang berkelip-kelip. Sofea bingkas bangun dan terjerit-jerit ke arah cahaya itu.
"Siapa??? Siapa??? Tolong!!! Siapa tu??? Siapaaaaa tuuuu??"
Laungan sofea semakin kuat, dadanya semakin bergelombang. Cahaya sebesar lampu picit yang diperhatikannya sejak tadi kini semakin
jelas dan besar. Semakin lama diperhatikan cahaya itu semakin besar dan menuju ke arahnya. Sofea nampaknya sedikit riang, Ya,mungkin dia
lega kerana dengan cahaya itu, mungkin ada orang yang akan membantunya. Bisik hatinya. Dari cahaya yang semakin terang itu,
kelihatan sejuzuk tubuh lelaki berjubah putih , berkopiah, dan sungguh jelas di tanganyya memegang tasbih berwarna hijau kristal.
Ya memang jelas. Sofea berasa lega, mungkin lelaki ini dapat menolongnya. Sofea memerhatikannya dengan tepat, bagai ada sesuatu
yang tidak kena dengan lelaki ini, wajah lelaki ini seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Ya dia pasti wajah lelaki ini sungguh
familiar dengan dirinya. Ah, tidak sah lagi, Abang Hassan. Tidak ubah seperti Abang Hasaan, iaitu suaminya yang amat dicintai. Ah
bermimpikah Sofea bila dapat berjumpa Hassan, ah Sofea melonjak riang apabila Hassan yang disangkakan mati kini hidup semula dan
telah kembali kepadanya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa girangnya perasaan Sofea waktu ini. Dia berlari ke arah lelaki
tersebut dan cuba memeluknya, namun pelukan Sofea telus, Sofea sungguh pelik dan hairan bila terpeluk dirinya sendiri.
"Abang..... ni Sofea Banggggggg...... Sofeaaaa isteri Abangggggg!!!"
Laungan Sofea tidak dibalas oleh lelaki tersebut. Lelaki tersebut memandang Sofea sedalam-dalamnya. Sambil mengkumat-kamitka bibirnya.
Tangannya masih menari-nari mengira butiran tasbih. Tidak sepatah pun terpantul dari lelaki tersebut.
"Abang tak kenal Sofea ke??? Ini sofea Banggg isteri abang......mari Bang kita balik, Syuhadah, Akmal dan Irfan tunggu kita Abanggggg,
marilahhhh Abang......"
Pujukan Sofea semakin sayu dan tangisannya mula kedengaran lalu dia cuba untuk memeluk 'Hassan' untuk kali kedua, namun pelukannya masih
lagi telus. Sofea semakin binggung. Jenis makhluk apakah yang berada di depannya. Adakah ini benar-benar Hasaan, suaminya ataupun orang
lain, jin atau syaitan yang cuba menganggunya.
"Abang dengar tak????? Ini Sofeaaaaaaaa..... isteri Abang!!!!!!
Eeeeee.eeeeee. "Tangisan sofea semakin laju.
"Aku milik Allah, dan kau juga milik-Nya." Sofea terpaku lelaki tersebut yang diam sejak dari tadi telah megeluarkan kata-katanya.
"Kenapa perlu bohong, Bang...... Sampai hati abang tak kenal Sofeaaaa!!!"
"Kau yang menipu diri sendiri dan Tuhan-Mu."
"Tergamak abang menuduh Sofea menipu."
"Kau rosakkan hidup kau dengan mendedahkan aurat di tempat-tempat maksiattt!!! "
"Sofea lakukan semunya ini kerana mereka, Anak-anak perlu disara."
"Kenapa jalan ini yang kau pilih untuk mereka dan dirimu."
"Saya tiada pilihan."
"Aku bukan suamimu, kau bukan siteriku dan mereka bukan anak-anakku. Aku mimlik Allah!!!"
"Abang tipu!!! Bohongggg!!! Dustaaaaaa!!!"
Sofea mengikut saja apa yang dikatakan lelaki tersebut, walaupun kota fikirannya masih bercelaru, dia masih tercari-cari di manakah
dia berada di kini. Dia masih tidak dapat melihat di sekelilingnya. Dia hanya nampak satu lorong gelap yang sungguh sunyi, dan sebutir
cahaya serta kelibat lelaki tersebut yang berjalan perlahan dihadapannya. Lelaki tersebut sungguh pelik dan asing baginya.
Sungguh aneh lelaki tersebut padanya. Kenapa lelaki tersebut seperti tidak mahu mengaku yang dia adalah Hassan, suami Sofea yang amat
dicintai. Mana mungkin pelanduk dua serupa. Sofea pasti lelaki tersebut adalah Hasaan, dia dia pasti, cara pertuturan tak ubah
seperti suaminya. Bezanya hanyalah corak pakaian yang dipakai oleh lelaki tersebut, sepanjang hidup Hasaan tidak pernah berjubah atau
bertasbih melainkan berkopiah di rumah. Dia kenal Hassan seorang suami yang baik untuk isteri dan anak-anaknya. Semasa dia bersama
Hasaan, rumahnya tidak pernah rasa sunyi, apa saja keperluan dunia akan ditunaikan untuk Sofea dan anak-anak. Malah, keperluan akhirat
tak pernah dilupakan.
Selain menunaikan solat , Hassan juga sering mengajar anak-anak mengaji Al-Quran. Sofea masih terkenangkan bagaimana pertemuan
dengan Hassan. Kadangkala dia merasakan dirinya tidak begitu layak untuk lelaki seperti Hassan. Kenapa lelaki seperti Hassan memilih
gadis sepertinya. Seorang gadis yang hina, dipungut dari lurah dan lumpur maksiat, lalu dibersihkan dengan air kasih sayang lalu
dipakaikan dengan pakaian keimanan dan dihiaskan dengan permata jiwa. Sofea cukup terharu mengenangkan segala pengorbanan susami
tercinta. Namun kasih sayang yang dibina tidak bertahan lama. Perginya Hassan mengadap Ilahi telah banyak mengubah hidup Sofea.
Sofea kembali semula kepada dunia asalnya , dunia yang penuh dengan kudis-kudis dosa. Di dunia itulah dia menyara hidup ketiga-tiga
anaknya. Syuhadah, Akmal dan Irfan. Dia tidak punya pendidikan tinggi, tidak punya pengalaman sebagai buruh kilang. Ditambah dengan
kegawatan eknonomi bayak menekan hidup Sofea untuk mencari pekerjaan. Walaupun tidak redha dengan jalan yang dipilih, namun
hanya itu saja pilihan yang ada, maka dia terpaksa untuk kembali ke dunia asalnya kerana dunia itu pernah menjadi periuk nasinya.
Walaupun bekerja sebagai pelayan pub, dia tidak pernah melakukan perbuatan sumbang yang boleh mengaibkan diri dan menconteng arang di
muka sendiri. Apatah lagi kerja-kerja maksiat sememangnya dilarang dalam agama. Pakaian yang seksi sehingga nampak susuk tubuh dan
skirt ketat hingga ke paras paha dan membuka aurat itu sudah menjadi perkara biasa baginya. Kerana tiada pilihan lain yang sesuai untuk
dipakai oleh seorang pelayan pub atau GRO sepertinya. Mahu tak mahu dia terpaksa pakai.Namun jauh di sudut hatinya hanya Allah yang tahu
kenapa dia memilih untuk kembali ke jalan ini.
Suasana semakin hening. Sudah terlalu lama dia membuntuti lelaki berjubah putih namun sepanjang perjalanan dia masih tidak menemui
apa-apa. Depan, belakang kiri dan kanan gelap gelita. Pekat sepekat susana malam yang tidak disinari sebutir bintang mahupun sejalur
cahaya. Hanya yang dilihat kelibat jubah putih lelaki tersebut yang berada di depannya. Jubah putih yang dipakai lelaki tersebut sahaja
menjadi panduannya di dalam tempat yang gelap itu. Sofea kembali bertanya kepada lelaki berjubah putih yang berjalan di hadapanya.
"Di manakah aku???"
"Di dunia yang abadi."
"Dunia yang gelap tanpa seorang manusia, apa jenis dunia ini?"
"Dunia abadi adalah dunia yang kita pilih sendiri."
"Apa maksud kau"
"Dunia yang dipilih dari segala amalan kau."
"Aku masih tak faham."
"Hanya orang yang jahil sering berpura-pura tak faham."
"Gila....."
"Tiada siapa yang gila, kecuali kau yang menggilakan diri sendiri."
Perbulana Sofea dan lelaki tersebut terhenti di situ. Sudah sekian lama berjalan, Sofea terasa seluruh tumitnya kebas, sudah berbatu-
batu berjalan dalam gelap. Dia sudah tidak bermaya. Tiba-tiba pandanganya kabur dan langkahnya terhenti. Lelaki berjubah tersebut
memandang tepat ke arah Sofea.
"Tugas aku sudah selesai. Pergilah ke sana kau akan menemui jalan yang sebenar."
Lelaki tersebut menunding ke satu arah yang sayup jauh di hadapan Sofea. Sofea terkedu dia terlopong. Dia sendiri hairan dalam sekelip
mata lelaki berjubah putih hilang dari pandangan. Hanya tinggal Sofea bersendirian di tempat yang sungguh aneh dan ganjil. Bagaimana
dalam keadaan yang gelap gelita boleh bertukar menjadi sebuah gurun yang sungguh luas. Malah kewujudan padang pasir ini sejurus selepas
kehilangan lelaki berjubah itu Dia memerhatikan sekeliling. Dalam hatinya berbisik di manakah ini? Dia seperti rusa masuk kampung
ditolehnya ke kanan dan kekiri. Tidak terdapat langsung tumbuhan yang hidup di sini. Malah tidak sebarang penempatan manusia. Apatah
lagi kenderaan yang lalu lalang. Dia seperti berada di satu kawasan tanah lapang yang sungguh luas, seperti berada di gurun Sahara. Atau
Gurun Safari. Sayup saujana memandang, yang terlihat hanyalah bayangan logamaya yang bermain-main dari sudut pandangan yang jauh.
Sofea takut bukan kepalang, dia menjadi pucat, bagiamana dia harus bersendirian di kawasan padang pasir ini?. Bisik hati kecil Sofea.
Sofea meraung sekuat hatinya"Tidakkkkkkkkkkk......."Air matanya mengalir laju.
Sofea terjelupuk ke bumi. Pasir di padang pasir sungguh kesat. Sofea mendongak ke langit, tiada langsung kepulan awan. Hanya kelihatan
langit terbgentang luas. Langitnya seperti kuning kemerahan. Seakan-akan warna senja yang berlabuh. Sofea meraba tekaknya yang kering
sejak dari tadi. Kenapa tiba-tiba dia merasa terlalu dahaga. Puas dia berlari ke sana dan ke sini mencari sumber air namun harapanya
hampa apabila sumber air seperti sungai, tasik, perigi tidak ditemui langsung di kawasan yang gersang dan kering. Malah satu spesies
haiwan dan tumbuhan pun tidak ditemuinya. Dia sudah putus asa. Lamunan Sofea tersentak bila dia terdengar seperti ada sekumpulan
kuda yang berlari dari satu arah. Dia mengamat-amati betul-betul. Sah bunyi itu datangnya dari arah barat. Syukur yang teramat sangat.
Mungkin dia boleh mendapatkan pertolongan. Dari arah Barat muncul sekumpulan penunggang kuda. Ya jangkaannya tidak silap. Sekumpulan
pengunggang kuda yang berjubah putih ada penunggangnya terdiri dari lelaki dan perempuan. Dengan tidak membuang masa, Sofea melambai dan
melaungkan suaranya ke arah sekumpulan penunggang kuda tersebut. Tapi sayang lauangannya itu seperti tidak didengari oleh mereka.
Pada hal jarak Sofea dengan kumpulan penunggang kuda tersebut hanya beberapa meter. Kumpulan penunggang kuda tidak menghiraukan lauangan
Sofea sambil berlalu tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Sofea diselubungi rasa pelik dan aneh. Mana mungkin mereka tidak dapat melihatnya. Kenapa mereka tidak menoleh kearah aku? Mereka tidak buta, semuanya milikki pancaindera yang sempurna. Kenapa ni???? Sofea kembali rebah ke bumi. Dia sudah putus harapan. Terlalu tipis untuknya kembali.
Tidak sepenanak nasi, kedengaran seperti suara sekumpulan manusia. Sungguh riuh, keriuhannya seperti satu pesta. Ya , dia pasti suara
itu datangnya dari arah Timur. Ah dia pasti. Sofe abingkas bangun cuba untuk mendapatkan bantuan. Ya, mungkin di sini ada penempatan
agaknya. Kalau tidak mana mungkin wujudnya suara manusia. Dia benar-benar pasti akan suara-suara itu. Sofea melangkah longlai menuju ke
arah suara-suara itu. Semakin menghampiri semakin jelas suaranya, ada yang ketawa ada yang menjerit-jerit dan yang paling pelik ada
juga yang menangis. Sofea terpaku ,kakinya seperti diikat, tidak mampu lagi bergerak. Matanya terbungkam lidahnya kelu tidak dapat menerima hakikat apa yang dilihatnya kini. Adakah dia bermimpi. Oh, sungguh ngeri dan dasyatnya. Rupanya Sofea kini sudah berada di satu tempat yang teramat tinggi. Di berada di satu puncak bukit dan suara-suara yang didengari itu datangnya dari lembah yang sangat jauh. Namun dia masih boleh melihat apa yang berlaku di lembah sana. Apa yang dilihatnya ini seperti bermimipi. Oh dunia apakah ini, kenapa manusia-manusia ini disiksa sebegini kejam. Siapakah yang menyiksa
mereka dan atas kesalahan apakah manusia ini disiksa. Rupanya suara-suara yang didedngar tadi datangnya dari suara siksaan, tangisan,
jeritan dari lembah ini. Seorang wanita cantik yang memotong lidahnya sendiri. Kelihatan pula seorang wanita yang disula dari mulutnya hingga ke kemaluan dengan besi yang sungguh panas sehingga menggelegak urat-urat perut. Sofea rebah kembali ke bumi. Dia sudah tidak sanggup melihat siksaan yang sungguh ngeri. Kenapa perlu disiksa manusia sebegini kejam. Terlihat juga seorang lelaki yang memikul besi panas dibahunya tangan dan kakinya digari dengan besi
dan logam yang sunggu panas. Dari satu sudut kelihatan beberapa jenis haiwan-haiwan gergasi seperti ular, serangga yang sedang meratah daging seorang wanita tua yang sudah tidak bermaya. Kenapa begini ganasnya binatang-binatang ini memakan manusia hidup-hidup. Di manakah aku berada, kenapa aku ke sini dan mengapa aku perlu melihat semua ini. Bisik hati Sofea. Kalau ikutkan hati dia ingin menyelamat manusia-manusia ini, namun kudrat yang ada tidak mampu untuk membawa mereka lari keluar dari dunia ini???Apa yang dilihat oleh Sofea sungguh menginsafkan.
"Tidakkkkkkkkkkkkkkk!!!!!" Sofea menjerit semahu-mahunya sambil menutup kedua-duamatanya.
Dia sudah tidak sanggup untuk melihat siksaan yang berada di depan matanya. Tangisan sofea makin tersesak. Tiba-tiba Sofea merasakan
tubuhnya kejang, tidak mampu bergerak seluruh badan. Seperti orang lumpuh. Kakinya keras dan sejuk. Tidak mampu dierakkan walaupun
sedikit. Tanganya juga tidak mampu bergerak. Kemudian terasa seluruh badanya seperti disiat-siat dengan sembilu. Sakitnya tidak
tertanggung lagi. Dia berasa kulitya seperti dilecur oleh benda yang panas. Rupanya dia sedang berada di atas padang pasir yang dipenuhi
dengan bara api. Panasnya bukan main lagi. Merahnya bara jelas terlihat. Ada yang bara telah melekat di kulitnya. Pijama putih yang dipakaianya kini sudah hangus separuh badan. Dia tidak mampu menahan siksa teramat sangat. Dalam keadaan yang kalut, dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Dia hanya mampu meraung dan membiarkan saja bara api membakar tubuhnya. Airmata tidak berhenti-henti mengalir. Kaki kananya kini telah dibakar oleh bara api. Kulitnya mula melecur. Dari buku lali kini merebak hingga ke paras paha. Bukan setakat kaki kanan kini sudah merebak kaki kiri. Sofea sudah tidak mampu lagi menahan. Hanya terdengar jeritan dan lauangan yang sungguh meyayat hati.
"Aaaaaaaaaaa........... Ttttttttt tooooo toooooolonggggggggggggg!!!!!! Aaaaaaaaaa!!!
Aaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!"
Hanya jeritan dan lauangan yang silih berganti. Dia sudah tidak mampu menahan sakit lagi. Peritnya tidak dapat digambarkan. Sedang dia bersabung nyawa menahan kesakitan kedua belah kaki yang dibakar bara api. Kini dia terasa kepalanya seperti tercabut dari badan. Aduhhhhhhhhhh sakitnya teramat sangat. Rambut Sofea yang mayang mengurai direntap kuat. Namun Sofea tidak dapat menoleh untuk melihat siapakah yang merentap kuat rambutnya. Tubuhkanya kaku seperti mayat. Hanya mata saja yang mampu berkelip-kelip.
Aaaaaaaaaa ...............aaaaaaaaaaaaaa itu saja yang mampu dikeluarkan dari mulut Sofea.
Sakitnya teramat sangat. Kenapa rambutnya direntap. Rentapan yang sangat kuat bagaikan hendak terkelur kulit kepala. Sakitnaya hanya Sofea sahaja yang tahu. Dia hanya mampu meraung dan menangis menahan kesakitan dan derita yang dialami.
"Aaaaaaaaaaa........... Ttttttttt tooooo toooooolonggggggggggggg!!!!!! Aaaaaaaaaa!!!Aaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!" Jeritan Sofea semakin kuat dan bisa memecah
anak tekak.
Namun tiada sesiapa yang sudi menolongnya. Hanya tinggal Sofea bersendirian terlantar di atas padang pasir yang dipenuhi dengan bara api. Sofea sudah tidak mampu menanggung keperitan disiksa. Sedang dia menahan keskitan bila rambutnyaa direntap. Tiba dia terasa bahagian dadanya seperti ada sesuatu yang sedang merayap . Sungguh geli. Sperprti bintang yang bersaiza panjang dan bersisik. Ah binatang apa pula yang sedang menyelinap masuk ke pijama.
"Ahhhhhhhhhhhh!!!!!!!! Ularrrrrrrrrrrr!!!!!!!" Sofea menjerit semahu-mahunya.
Seekor ular telah muncul dari lurah buah dada dan melingkar ke bahagian paras dada dan kemudian ular tersebut mengembangkan kepalanya. Seekor ular tedung. Ular tersebut kini berada di depan batang hidunmg Sofea. Sofea bagaikan telur dihujung tanduk. Bila-bila saja ular tersebut akan menamatkan riwayat Sofea. Sofea tidak mampu berbuat apa-apa. Gementar seluruh tubuhnya. Tubuh Sofea masih terlentang dan tidak mampu bergerak, kaku seperti mayat hidup. Dalam keadaan yang sungguh mencemaskan tiba-tiba lelaki berjubah putih itu muncul semula. Sofea terdiam seribu bahasa. Dia membiarkan
sahaja kedua-dua kakinya dijiliat bara api yang semakin marak membakar kakinya yang gebu. Dia sudah tidak berdaya melawan apabila rambutnya masih direntap kuat sehingga terkoyak kelit kepala. Kemudian dia membiarkan ular aneh tersebut berlingkar di dada dan sedia menamatkan riwayatnya. Sofea tidakl agi menghiraukan kehadiran lelaki berjubah putih yang kini berdiri didepannya. Matanya memerhati tepat ke arah Sofea. Sofea berserah apa saja yang akan
dilakukan oleh lelaki itu kepadanya. Kali ini dia benar-benar bersedia untuk mati. Dia sudah putus harapan untuk hidup. Apa guna hidup jika jasad tidak befungsi lagi. Tak ubah seperti mayat hidup. Sofea tidak memperdulikan apa yang cuba dikatakan oleh lelaki berjubah itu. Kerana dia sendiri tidak mampu mebalas setiap kata-kata lelaki tersebut,mulutnya bagaikan dikunci rapat. Tidak mampu berkata kecuali lauangna dan jeritan untukmeminta pertolongan.
"Kedua kaki , rambut dan dadamu inilah yang kau dedahkan untuk dihidangkan lelaki-lelaki yang berada di pub. Ular ini merupakan utusan yang dihantar untuk meyiksa perbuatanmu. Kau sendiri yang menzalimi diri sendiri sehingga kau jadikan anak-anakamu menjadi mangsa dalam perbuatan sumbangmu sebagi isteri.!!!!" Airmata Sofea mengalir laju bila mendengar kata-kata lelaki tersebut. Kini baru dia sedar selama ini dia melupakan Tuhan. Rupanya ini merupakan balasan Allah di atas segala perbuatanya. Namun dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa .Pintu taubat telah tertutup untuk Sofea, dia sudah terlambat untuk bertaubat. Dia pasrah . Dia kini sedar dan ketahui di manakah destinasinya bila mati nanti,. Pintu Syurga sudah tidak mampu menjadi miliknya apatah
lagi untuk mencium bahu syurga. Hanya yang menanti adalah kawah Jahanam, Al-Will dan tujuh lagi kawah-kawah api yang bersedia menjilat tubuhnya. Akhirnya Sofea pasrah jika neraka menjadi tempat untuk dihuni. Dia sendiri yang memilih jalan ini dan biarlah dia yang menerimanya. Dia sudah tidak mampu lagi. Mungkin kedatangan ular dan lelaki berjubah ini sebagai tanada-tanda awal balasan Allah kepadanya. Dia pasrah kerana pintu taubat sudah tertutup.
Sofea meraung kesakitan yang teramat sangat apbila dia merasanya bahagian dadanya kini seperti dipatuk oleh ular berkenaan. Sakitnya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Dia benar-benar derita yang teramat sangat menahan kesakitan dipatuk oleh ular tersebut. Bisa yang dikeluarkan oleh ular telah merebak dari salur darah hingga ke kapilari darah lalu merebak ke bahagian jantung. Rasanya jantung Sofea bagaikan hendak pecah. Sakitnya sudah tidak tertanggung lagi. Sofea kini rebah ke bumi. Mulutnya terkunci. Buih-biuh putih sudah keluar dari rongga mulut dan hidung. Sofea kini lemah selamah-lemahnya. Namun gerak hatinya masih kuat untuk melawan dugaan yang ditempuhi kini. Titisan airmata yang membasahi pipi cukup menginsafkan. Dari jauh kedengaran bagai ada satu suara yang sungguh merdu dan syahdu. Dari manakah datangnya suara itu. Sungguh merdu. Seperti sedang mengalunkan qasidah kalimah Allah. Siapakah gerangan yang mengalunkan qasidah semerdu itu. Hati Sofea terdetik. Namun dia tidak lagi berdaya untuk bangun. Seluruh tubuhnya kini menjadi kaku seperti mayat hidup. Dia mengamati arah suara itu. Sungguh syahdu dan menusuk kalbu. Bacaannya cukup tertib dan sempurna dari segi tanda baca, sebutan yang jelas dengan mengikut tertib tajwid. Surah apakah yang dibaca oleh suara itu. Sofea tidak dapat mengenalpasti samada suara itu adalah lelaki ataupun perempuan. Yang pasti suara itu cukup merdu dan belum pernah didengarinya sebelum ini. Hanya satu yang diminta oleh Sofea, dengan suara itu mungkin ada manusia yang ingin membantunya. Dalam hatinya meraung. Aku ingin pulang, aku rindukan Akmal, Syuhadah dan Irfan.
Namun Sofea pasrah, dia kini sudah tewas. Maut sudah menanti di depan mata. Bila-bila masa saja nyawanya akan melayang dari jasad. Pandangan Sofea semakin kelam dan pekat sepekat malam yang berlabuh. Namun gerakan hatinya dan rohnya masih ada.
"Abang Akmal! Cepat emakkkk......emak......"
Terjerit-jerit Syuhadah bila melihat jari-jemari Sofea yang bergerak. Akmal bingkas bangun dan meluru ke katil Sofea sambil mengenggam erat surah Yassin yang tidak sempat dihabiskan. Ditanganya tergenggam butir-butir tasbih hijau kristal. Hatinya sungguh sayu dan gembira apabila Sofea kini sudah sedar. Lalu Akmal memeluk erat tubuh Sofea yang masih longlai. Sofea membuka kelopak matanya yang bundar. Pandanganya samar. Dia mendongak ke siling, yang kelihatan hanyalah cahaya lampu neon. Dia tidak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata. Diam seribu bahasa. Di gerakkan lehernya ke kiri dan kanan. Dilihatnya wajah anak lelaki yang sudah tersenyum sambil mengesat air mata. Di tolehnya ke kiri sambil melihat wajah ayu anak gadisnya. Manis menguntum senyuman. Akmal mendukung Irfan yang merenget sejak dari tadi.
"Aaaaa...... Ehh ehhhhhh didddddd..... di mmm mana ni?" Sofea kebingungan.
"Hospital, emak. Dah dua minggu emak di sini."
"Ah..... ahhhh?"
"Emak excident."
"Syukur, puan dah selamat. Banyakkan berehat. Minggu depan Puan boleh pulang ke rumah."
Mendengar saja jawapan dari seorang gadis muda berjubah putih, baru Sofea mengerti apa yang telah berlaku padanya. Dia betul-betul bingung, namun badannya terlalu lemah untuk meneruskan bicara. Dia sendiri hairan, kenapa terlalu lama dia di sini. Dua minggu , pada hal lelaki berjubah putih, sekumpulan penunggang kuda, dan manusia yang ditemui di lembah baru saja berlalu. Tidak sampai dua jam yang lalu. Ke mana aku pergi selama ini? Bisik hati kecilnya. Apa yang berlaku pada aku? Sofea menitiskan airmata lalu memeluk erat ketiga-tiga anaknya. Itulah betapa tulusnya kasih ibu. Dikucup dahi anak-
anaknya. Demi Tuhan, kini dia tidak rela berpisah lagi dengan anak-anaknya. Dia sama sekali tidak menyangka yang dia akan 'dikembalikan' setelah tersesat dalam 'pengembaraan' yang baginya sudah tidak ada jalan pulang. Apakah rahmat yang cuba diselindungkan oleh Allah dalam 'pengembaraan' ini? Itulah persoalan yang masih membuntukan fikiran Sofea. Apa maknanya peristiwa-peristiwa yang dilaluinya dalam 'pengembaraan' itu. Adakah itu tanda-
tanda yang dia sudah tidak berpeluang lagi untuk kembali ke pangkal jalan atau sebaliknya. Sofea menangis semahu-mahunya. Terkenangkan 'pengembaraan' yang sungguh menginsafkan. Dia sedar dan kesal dengan perbuatanya selama ini. Dalam 'pengembaraan' ini banyak mengajarnya erti sebuah pencarian antara dunia dan akhirat. Alunan qasidah yang didengari di penghujung 'pengembaraan' itu adalah qasidah yang dialunkan oleh anak sulungnya. Akmal. Itulah tandanya yang Allah sempurnakan hajat Sofea untuk kembali bertaubat. Dia bersyukur kerana menjadi antara hamba-hamba-Nya yang terpilih
untuk 'dihidupkan' semula .Allah masih membuka pintu taubat untuk hamba-Nya sebelum datangnya hari kiamat. Allah maha penyayang lagi maha mengasihani.
Wallahulam.
TAMAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment