Pages

Thursday, 29 July 2010

Anak dengan kereta..mana lebih disayang?


Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si
bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak
tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak
tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana luka yang terjadi sudah terlalu
teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua
tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak
mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
histeria.


"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada
manusia dapat menahannya.

Kisah Mat dan Nab


Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam …..

Mat berdoa, "Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Kemudian kutip kain busuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe… Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur……. tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula, "Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali…."

Whatttt???… 9 bulan 10 hari??? Beranaaak???…….Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk…!!!

~~~~~

"Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni….."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh… Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya………

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda..

Ibu tetap Ibu!


Kepada yang bermasalah dengan ibu, baca pula cerita saya ini dan bandingkan penderitaan kita serta layanan terhadap ibu kita. Saya dilahirkan sebagai anak kedua dalam tiga orang cahaya mata sepasang suami isteri ber'jenama'. Dilahirkan pada tahun 1968. Berkulit hitam (ala anak mamak gitu). Berbetulan adikku juga perempuan yang mempunyai kulit putih melepak. Seawal usia aku mengenal tanah aku telah dibiarkan bermain di panas bertambah hitamlah kulitku dan bertambahlah kebencian ibu.

Aku dibiarkan bermain dengan abang bersama kawan kawan lelakinya yang lain sedangkan adikku duduk di rumah. Apabila bergaduh akulah yang akan dibelasah teruk, tak cukup dengan caci maki. Hingga kini bekas torehan pembaris yang patah di pipi kananku masih berparut. Ketika tu aku pernah terfikir untuk lari kerana mengikut penilaian ku sendiri aku ni anak pungut kerana perbezaan warna kulit membuatkan aku dibenci oleh ibu.

Sedih rasanya. Ketika makan, aku hanya mendapat kulit ayam, daging yang sipi sipi terlupa di kikis dari tulang, dan dicampakkan saja pinggan ketika menjamu selera. Ketika mengadap rezeki hatiku sentiasa sebak. Hanya hatiku menangis. Ada juga ketikanya aku menjamah nasi dengan berkuahkan air mata. Tak payahlah diceritakan di sini kelak aku sendiri tidak tidur lena apabila mengenangkan. Semasa peperiksaan penilaian aku pergi tanpa menjamah apa apa makanan dan aku hanya diberikan pensil dua batang, pemadam dan pembaris, pun begitu sebaris gigiku yang cantik ku hadiahkan untuk ibu demi mencium tangannya sebelum menduduki peperiksaan.

Aku berjaya menjadi antara 10 terbaik di sekolah. Aku berjaya ditempatkan di asrama penuh. Tetapi disebabkan kenakalanku, aku dibuang. Menyesal betul ketika tu. Aku kembali semula tinggal bersama ibu dan ayah. Semasa tingkatan 3 aku hanya diberi tuisyen Matematik sahaja sedangkan adikku (tingkatan satu) di beri kesemua matapelajaran dan berhantar berjemput. Sedangkan aku kena tukar dua kali bas baru sampai tempat dituju. Ketika ayah memasuki dewan mengambil keputusan percubaan SRP ayahku di berikan standing ovation kerana anaknya bakal menggegarkan nama sekolah. Ayahku terpanar sehingga menitiskan air mata semasa menungguku pulang dari sekolah. Ibuku membungkam kerana adik dan abangku tidak setanding. Tetapi aku tidak pernah mendabik dada. Sekali lagi aku berjaya memasuki asrama penuh. Kali ini aku bertekad untuk menjaga tatasusila.

Alhamdulillah aku berjaya juga melanjutkan pelajaran ke luar negara. Seperti biasa aku tetap inginkan bau ibu. Akan ku telefon ibu setiap kali menjelang peperiksaan, minta halalkan makan minum, minta dia menyayangiku walaupun jauuuh di sudut hatinya. Aku menangis. Aku tahu dia pun begitu.

Sekembaliku dari luar negeri aku berkahwin. Bencinya padaku masih belum pudar. Aku ingat lagi kata katanya semasa menghantar ku ke rumah besan, yang tidak terungkap di sini. Biarlah ia reput bersama kain kafanku namun tidak tergamak ku ceritakan disini. Semasa ibu nak ke Mekah aku berjengket jengket dari jauh menghantar ibu dengan linangan air mata kerana ibu tidak mahu mendakapku, di dalam hati, biarlah ibu selamat, jangan sampai ibuku terjatuh atau dipijak oleh jemaah lain (ibu pergi ke sana dengan muhrim lain kerana ayahku telah tiada). Semasa ibu memasuki ruang legar, ibu terjatuh kerana orang terlalu ramai berebut rebut sehinggalah aku mengangkat tangan di tengah tengah orang ramai sambil berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak redho ibuku disakiti oleh umat lain semasa dia hilang dari pandanganku hinggalah ibuku selamat pulang". "Ya Allah yang Tuhanku, aku gadaikan segala penderitaanku semasa di dalam jagaan ibu dengan kesenangannya menunaikan segala ibadah tanpa ada cacat cela, Aku serahkan ibuku dalam jagaanMu . . . panjang lagi doaku. Kalau tidak kerana anakanakku menangis mau rasanya aku solat sunat di lapangan terbang itu bermunajat. Alhamdulillah, sekembalinya ibu dari Mekah, aku yang ditujunya. Diciumnya pipiku ibarat selapang padang pasir pipiku di cium dan dicium. Katanya beliau hanya teringatkan aku di setiap tempat suci. ALHAMDULILLAH.

Hingga kini hubunganku dengan ibu tidak pernah terjejas. Kadangkala itu terlepas jua namun tidak pernah aku kecil hati. Ku jaga dengan penuh hati hati. Ditambah lagi aku sudah punya anak, ku jaga dan semai mereka dengan penuh kasih sayang, yang tiada berbelah bagi. Kalau tajuk asalnya ibu pening dengan perangai anak, kini aku nak menyeru anak yang berpandangan demikian terhadap ibu yang mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan kita dengan seribu satu penyiksaan yang bersengkang mata ketika kita demam. Alahai, walau didukung ibu dari sini ke kota Mekahpun belum tentu kita dapat membalas jasa ibu . . . Bertaubatlah. Apa yang ingin ku kongsi bersama, setiap kali lepas solat berdoalah agar kita dikurniakan hati yang bersih walaupun warna kulit kita lebih gelap dari malam. Hati yang bersih akan terpancar di wajah. Doa juga agar kita disayangi oleh semua orang terutama ibu @ suami.

Sebentuk cincin permata satu

Waktu kecil-kecil dulu, aku sering cemburu pada ibu. Bukan cemburu kerana ibu lebih cantik atau menawan dariku. Tapi aku cemburu bila melihat ibu selalu membeli barang-barang keperluan dirinya yang pelbagai. Ibu selalu membeli baju-baju baru, yang kebanyakannya disimpan di dalam almari usangnya. Boleh dikatakan setiap bulan, ibu akan membeli kain ela baru untuk dibuat baju. Kadang-kadang ibu beli tanpa memberitahuku. Tahu-tahu, sudah tergantung di dalam almari. Pakaian ibu cantik-cantik dan sebagai anak yang sudah meningkat remaja (14 tahun) aku akui rasa cemburu setiap kali ibu menunjukkan pakaian barunya sedangkan aku waktu itu, jarang dibelikan persalinan yang baru.

Satu lagi yang membuat aku sebal dengan sikap ibu ialah, ibu selalu membazir duit dengan membeli barang-barang kemas yang pelbagai bentuk. Cincinnya hampir semua jari ada tersisip. Rantai leher ada lima utas. Yang satu bergulung-gulung hingga ke dada. Yang satu lagi bulat-bulat bagai kepingan syiling lima puluh sen. Ibu sanggup berhutang hanya untuk mendapatkan rantai baru. Aku tidak tahu apa keperluan semua itu. Aku lihat jiran-jiran ibu juga begitu. Kerlipan emas sarat di leher, tangan dan jemari. Aku tidak tahu apakah itu satu pemandangan biasa atau keperluan bagi orang-orang yang seusia dengan ibu.

Yang sebetulnya, aku kecil hati kerana ibu tidak pernah membelikan barang kemas walau sepasang anting-anting pun untuk aku. Aku jadi sakit hati juga kerana kakak-kakakku masih lagi mendapat sekurang-kurangnya sebentuk cincin dari ibu. Biasanya
cincin yang ibu rasakan sudah lama dipakai, ibu akan berikan kepada kakak-kakakku, tetapi tidak aku. Ini membuatkan aku betul-betul sakit hati.

"Mak ni, asyik beli rantai...jee. .. kan mak dah banyak rantai.."Aku membebel satu hari bila mak menunjukkan seutas rantai yang baru dibeli. Juga secara hutang.

"Tak apalah Nana, mak saja simpan banyak-banyak. Mana tahu, mungkin berguna satu hari nanti. Lagipun rantai ni ayah kamu dah janji lama nak belikan mak dulu..."Aku muncung dengar mak jawab begitu.

"Asyik belikan mak....aje. Orang punya takde belikan pun..."Aku mencebik. Seharusnya aku anak perempuan yang bongsu patut dilebihkan dalam segala hal. Tapi ibu tidak pernah bersikap begitu.

"Ibu belikan kak yah dan kak Ani cincin, tapi Nana ibu tak belikan apa-apa pun..."

"Nana kan masih sekolah. Kalau Nana nak pakai barang kemas, tunggu dah kerja esok."Begitu selalunya ibu membahasakan aku. Sakit hati aku.

Tambah sakit hati, bila saja Ayah dapat hasil kebun lebih, ibu menukar rantainya dengan yang lebih besar lagi. Ayah tidak pula marah. Pelik aku dengan sikap ayah.

Lama-lama aku jadi malas untuk melayan sakit hatiku lagi. Bila aku terlihat cincin atau rantai baru dileher ibu, aku hanya diam saja. Aku tidak mahu bertanya apa-apa. Sehinggalah aku masuk ke asrama di bandar dan mengambil SPM. Setiap kali aku pulang dari asrama, aku lihat ibu masih dengan hobinya mengumpul barang-barang kemas.

Bila aku mendapat tawaran belajar di universiti, aku tidak tahu sama ada ibu gembira atau sebaliknya. Kerana dalam keluarga belum pernah ada anak-anaknya yang berjaya belajar di universiti. Aku tidak kisah kalau ibu tidak berbangga dengan hasil usahaku kerana sedari kecil memang cita-citaku untuk ke universiti begitu kuat sekali. Kini hasratku itu telah tercapai dan tiada apa lagi yang lebih menggembirakan selain kejayaan ini.. Aku sudah boleh hindarkan perasaan cemburu andai ibu lebih sayangkan kakak-kakakku atau ibu lebih sering membelikan pakaian atau perhiasan untuk mereka berbanding aku. Memang aku bukanlah manja sangat dengan ibu kerana 3 tahun aku di asrama.

Sepanjang tempoh itu aku tidak kisah lagi kalau ibu tidak belikan langsung apa-apa untuk aku. Aku tidak perlukan barang-barang kemas begitu dari ibu. Aku boleh beli sendiri bila aku sudah bekerja nanti. Yang penting aku sudah buktikan yang aku lebih bijak dari kakak-kakakku yang lain.

Masuk tahun kedua pengajian, aku sering mengalami lemah badan dan pening-pening yang keterlaluan. Kadang-kadang aku terpaksa ponteng kelas dan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pelajaranku. Aku tidak pernah mengadu pada sesiapa walau dengan
ibu. Kerana aku tidak pernah merasakan ibu akan memberi perhatian kepadaku. Sehinggalah aku pitam sewaktu beratur mengambil makanan dan hanya tersedar bila merasakan genggaman di jemariku. Wajah ibu yang penuh garis-garis halus itu aku tatap pilu dan terasa ada getaran dalam dadaku. Betapa aku tidak pernah membelek wajah itu sungguh-sungguh sebelum ini. Dan baru aku sedari betapa berbezanya wajah ibu kini.

Aku cuba bersikap seperti biasa bila doktor memaklumkan akan keganjilan darahku yang menyebabkan ia tidak dapat mengalir senormal mungkin. Penyakitku belum diketahui, tetapi darahku harus dicuci. Aku juga harus menjalani pembedahan dibahagian buah pinggang. Sejak itu ibu mengunjungiku saban hari. Dia membawakan apa-apa saja yang dirasakan menjadi kegemaranku. Suatu hari, bila ibu bawakan aku lepat pisang makanan kegemaranku aku jadi begitu terharu lalu aku menangis teresak-esak. Tapi aku hanya menangis dalam diam-diam. Aku terlalu menghargainya tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk meluahkan. Aku tidak mahu dia melihat aku seperti terlalu berharap akan kasih sayangnya.

Saban hari ibu menemani dan menyuapkanku makan, aku mula sedar betapa ibu juga menyayangiku, cuma mungkin dia tidak atau kurang menunjukkan perasaannya. Aku jadi malu kerana sering beranggapan ibu menyisihkanku. Beranggapan yang ibu tidak mengendahkanku semata-mata kerana dia tidak pernah membelikan apa-apa untukku. Setiap kali ibu ingin pulang, aku teringin sekali memeluk dan mencium pipi ibu, tetapi aku rasa janggal dan malu untuk melakukannya. Aku hanya mampu mencium tangan ibu seperti selalu.

Aku tidak mengharapkan ibu menemaniku setiap hari. Bukan kerana aku tidak suka, tetapi aku tidak mahu dia menghabiskan wang semata-mata untuk berulang alik dari rumah ke bandar. Pendapatan ayah bukanlah besar sangat. Tambahan adik lelaki masih belajar di menengah. Pembedahanku pula terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan wang. Aku terpaksa mendahulukan wang biasiswaku tetapi ia masih tidak mencukupi.

Semalam, ibu tidak mengunjungiku. Hari ini juga tidak. Hanya Ayah yang terpacul tengahari itu dengan membawa khabar gembira. Wan g yang dikumpul telah mencukupi dah aku akan dibedah secepat mungkin. Bila aku bertanyakan ibu, Ayah menyatakan ibu tidak berapa sihat dan tidak dapat datang. Aku menunggu hari esok dengan sabar.

Pagi itu aku disorong ke bilik pembedahan. Aku tidak tahu berapa lama pembedahan tersebut. Bila tersedar aku melihat wajah ayah dan kedua kakakku di sebelah. Aku mencari wajah ibu tetapi tiada. Sedang wajah-wajah didepanku terlihat mendung dan muram. Aku tidak tahu apakah mereka tidak gembira melihat aku selamat dibedah.

"Mak mana, ayah?'Aku bersuara perlahan. "Kenapa mak tak datang?" Ayah tidak menjawab sebaliknya hanya memandangku dengan mata yang mula berkaca.

Setelah berkali-kali aku bertanya, Ayah memelukku erat sambil berbisik ditelinga. Aku terjelepuk dan tidak sedar diri selepas itu.

Kata ayah, ibu baru semalam disemadikan. Ibu tidak dapat diselamatkan setelah parah dilanggar motorsikal dari belakang. Aku tidak dapat menahan hiba bila ayah menyatakan, ibu baru saja beberapa langkah keluar dari sebuah kedai pajak apabila tubuhnya disambar motorsikal yang dipandu laju. Ibu dikejarkan ke hospital dan sempat menyerahkan bungkusan itu sebelum menghembuskan nafas.

Kata ibu, bungkusan itu untuk aku. Tanganku terketar-ketar saat membuka bungkusan kain perca itu. Terlihat sebentuk cincin halus yang bermata satu. Cincin itu untuk aku. Ibu telah menebus semula cincin itu untuk dihadiahkan kepadaku. Bila aku harus
menjalani pembedahan, dan wang yang terkumpul masih belum mencukupi, ibu telah menggadai semua barang-barang kemasnya hingga tiada satu yang tersisa. Hanya tinggal cincin itu untuk diberikan kepadaku. Ibu bercadang untuk memberikannya kepadaku bila aku sembuh nanti.

Akhirnya, ibu berikan juga aku sebentuk cincin. Bukankah itu yang selalu aku harapkan selama ini? Adakah ia telah dapat membayar segala rasa iri hatiku selama ini? Tiba-tiba aku rasa dunia ini begitu sepi. Aku rasa seperti telah ditinggalkan jauh oleh orang yang amat aku perlukan .Kenapa baru sekarang aku sedar segunung intan permata pun tidak akan mampu menandingi
kebahagian memiliki seorang ibu. Dan segunung intan permata juga tidak dapat membayar air mata seorang wanita yang telah melahirkan aku.
,_._,___

Tuesday, 6 July 2010

Sejarah Ayat Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.


Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a.. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."


Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang

beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Friday, 2 July 2010

Tips to overcome fear of Public Speaking

Do your knees feel like Gumby's when you have to get up and speak in front of a group? Do you feel like the next words out of your mouth are going to be the dumbest words ever uttered by a human?

Over 41% of people have some fear or anxiety dealing with speaking in front of groups. People who have this fear can experience all kinds of symptoms: Sweaty palms, accelerated heart rate, memory loss and even difficulty in breathing.

Everyone, even experienced speakers, has some anxiety when speaking in front of a group of people. This is perfectly normal. The best way to deal with this anxiety is to first acknowledge that this fear is perfectly normal and you are not alone. To reduce your fear, you need to make sure you properly and thoroughly prepare yourself before you speak. Proper preparation and rehearsal can help to reduce this fear by about 75%. Proper breathing techniques can further reduce this fear by another 15%. Your mental state accounts for the remaining 10%.

Few suggestions you should use to overcome your speaking anxiety. The first and most important of all is preparation. I like to think of it as the 9 P's: Prior Proper Preparation Prevents Poor Performance of the Person Putting on the Presentation.

10 steps you can take to reduce your speech anxiety.

1. Know the room - become familiar with the place in which you will speak. Arrive early and walk around the room including the speaking area. Walk from where you will be seated to the place where you will be speaking.

2. Know the Audience - If possible, greet some of the audience as they arrive and chat with them. It is easier to speak to a group of friends than to a group of strangers.


3. Know Your Material - If you are not familiar with your material or are uncomfortable with it, your nervousness will increase. Practice your speech or presentation and revise it until you can present it with ease.

4. Learn How to Relax - You can ease tension by doing exercises. Sit comfortable with your back straight. Breathe in slowly, hold your breath for 4 to 5 seconds, then slowly exhale. To relax your facial muscles, open your mouth and eyes wide, then close them tightly.

5. Visualize Yourself Speaking - Imagine yourself walking confidently to the lectern as the audience applauds. Imagine yourself speaking, your voice loud, clear and assured. When you visualize yourself as successful, you will be successful.

6. Realize People Want You To Succeed - All audiences want speakers to be interesting, stimulating, informative and entertaining. They want you to succeed - not fail.

7. Don't apologize For Being Nervous - Most of the time your nervousness does not show at all. If you don't say anything about it, nobody will notice. If you mention your nervousness or apologize for any problems you think you have with your speech, you'll only be calling attention to it. Had you remained silent, your listeners may not have noticed at all.

8. Concentrate on Your Message - not the audience. Your nervous feelings will dissipate if you focus your attention away from your anxieties and concentrate on your message and your audience, not yourself.

9. Turn Nervousness into Positive Energy - the same nervous energy that causes stage fright can be an asset to you. Harness it, and transform it into vitality and enthusiasm.

10. Gain Experience - Experience builds confidence, which is the key to effective speaking. Most beginning speakers find their anxieties decrease after each speech they give.


"We forget that forgiveness is greater than revenge. People make mistakes. We are allowed to make mistakes. But the actions we take while in a rage will haunt us forever"

some tips u may need to know...

Ants Problem:
Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.

To get pure and clean ice:
Boil water first before freezing.

To make the mirror shine:
Clean with spirit

To remove chewing gum from clothes:
Keep the cloth in the freezer for an hour then wash

To whiten white clothes:
Soak white clothes in hot water with a slice of lemon for 10 minutes

To give a shine to hair:
Add one teaspoon of vinegar to hair, then wash hair.

To get maximum juice out of lemons:
Soak lemons in hot water for one hour, and then juice them.

To avoid smell of cabbage while cooking:
Keep a piece of bread on the cabbage in the vessel while cooking.

To rid the smell of fish from your hands:
Wash your hands with a little apple vinegar.

To avoid tears while cutting onions:
Chew gum.

To boil potatoes quickly:
Skin one potato from one side only before boiling.

To boil eggs quickly:
Add salt to the water and boil.

To check freshness of fish:
Put it in a bowl of cold water. If the fish floats, it's fresh.

To check freshness of eggs:
Put the egg in water. If it becomes horizontal, it's fresh. If it becomes slanting, its 3-4 days old.
If it becomes vertical, its 10 days old. If it floats, it's stale.

To remove ink from clothes:
Put toothpaste on the ink spots generously and let it dry completely, then wash.

To skin sweet potatoes quickly:
Soak in cold water immediately after boiling.

To get rid of mice or rats:
Sprinkle black pepper in places where you find mice or rats. They will run away.

To get rid of mosquitoes at night:
Keep leaves of mint near your bed or pillows and in around the room.

at least smile... :)

Joke 1
Men want 3 qualities in wives: Frugal in kitchen, artist in home & devil in bed.

But they get artist in kitchen, devil in home & Frugal in Bed.

Joke 2
Q: Why do women live longer than men?
A: Shopping never causes heart attacks, but paying the bill does!

Joke 3
Before marriage: Roses are red, sky is blue. You are beautiful, and I love you.
After marriage: Roses are dead, I'm blue. You are my headache, and one day I will kill you.
Joke 4
Getting married is very much like going to a restaurant with friends.
You order what you want, then when you see what the other person has, you wish you had ordered that.

Joke 5
Man: Is there any way for long life?
Dr: Get married.
Man: Will it help?
Dr: No, but the thought of long life will never come.

Joke 6
Why do couples hold hands during their wedding?
It's a formality just like two boxers shaking hands before the fight begins!

Joke 7
Wife: Darling today is our anniversary, what should we do?
Husband: Let us stand in silence for 2 minutes.

Joke 8
They say that marriage makes a man dizzy, and it's true. As soon as I got a wife,
I lost my balance at the bank.

Thursday, 1 July 2010

Banana


The fully ripe banana produces a substance called TNF which has the ability to combat abnormal cells. So don't be surprised very soon the shop will go out of stock for bananas. 

As the banana ripens, it develops dark spots or patches on the skin. The more dark patches it has, the higher will be its ' immunity enhancement quality.

Hence the Japanese love banan as for a good reason.

According to a Japanese scientific research, banana contains TNF which has anti-cancer properties. The degree of anti-cancer effect corresponds to the degree of ripeness of the fruit, ie the riper the banana, the better the anti-cancer quality. 

In an animal experimen carried out by a professor in Tokyo U comparing the various health benefits of different fruits,using banana, grape, apple, water melon, pineapple, pear and persimmon, it was found that banana gave the best results. It increased the number of white blood cells, enhanced the immunity of the body and produced anti-cancer substance TNF. 

The recommendation is to eat 1 to 2 banana a day to increase your body immunity to diseases like cold, flu and others. 

According to the Japanese professor, yellow skin bananas with dark spots on it are 8 times more effective in enhancing the property of white blood cells than the green skin version.

Potong jer la mamat nie...

Heart Attacks and Hot Water

A very good article which takes two minutes to read.




Heart Attacks And Drinking Warm Water




This is a very good article. Not only about the warm water after your meal, but about Heart Attacks. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating.




For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.


Common Symptoms Of Heart Attack

A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting . Be aware of intense pain in the jaw line.

 
You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive.