Pages

Friday, 24 August 2012

Alasan berbohong

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih


Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan


Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar


Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks


Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

6. Cadangan


Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah


Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan


Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan


Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga


Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

Thursday, 23 August 2012

Ramadhan - 7 Hari, Dan Apa Yang Telah Engkau Lakukan?

 
Ramadhan sudah masuk hari ke tujuh di Malaysia. Hari ini pula hari Jumaat.
Rasa sekejap waktu berpapasan. Atas kepantasan waktu ini, tarikh 7hb Ramadhan ini, dan Hari Jumaat ini, saya jadi amat teringat akan satu khutbah. Khutbah yang disampaikan oleh Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari, pakar bidang Hadith di Yarmouk yang menjadi khatib pada hari ke-7 Ramadhan 2 tahun lepas.
Saya masih ingat bagaimana saya rasa tertampar-tampar dengan penyampaian beliau pada hari itu. Bahkan, selepas sahaja beliau berkhutbah, saya pulang ke rumah dan terus menulis artikel berkenaanya.
"7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamba Allah, apakah yang telah kamu buat dalam Ramadhan ini?"
Begitulah laungannya di atas mimbar ketika itu.

Apakah yang telah kamu lakukan dengan harta?
Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari menyeru lagi ketika itu:
"Allah telah memberikan kamu harta. Harta kamu adalah milik Allah SWT. Bukan kepunyaan kamu, bukan kepunyaan bapa kamu atau datuk kamu. Maka wahai hamba Allah, apakah yang kamu telah lakukan terhadap harta kamu dalam Ramadhan kamu ini?"
Apakah yang telah kita lakukan dengannya?
Biasanya kesenangan membuatkan kita lupa. Wang hanya kita lihat sebagai untuk menyeronokkan diri kita sahaja. Menyedekahkannya kelihatan satu kerugian, memberikannya kepada yang memerlukan dilihat seakan satu kekurangan.
Sedang bulan Ramadhan yang mulia ini Allah janjikan pelbagai ganjaran bagi mereka yang beramal. Dan salah satu amal yang boleh diusahakan adalah sedekah.
Apakah kita telah bersedekah sepanjang 7 hari yang telah berlalu ini?

Apakah yang telah kamu lakukan terhadap makanan?
Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari menyeru lagi ketika itu:
"Wahai hamba Allah, Allah memberikan kamu makanan. Kamu makan. Tapi adakah kamu berkongsikan makanan kamu itu dengan orang lain? Apakah yang telah kamu lakukan dengan makanan kamu pada bulan ini?"
Sepanjang dua tahun saya belajar di Jordan, saya tidak pernah dapat menikmati bazar Ramadhan. Terbiasa dengan keadaan itu, Ramadhan di Malaysia, saya amat sukar hendak pergi ke bazar Ramadhan. Bukan kerana membenci, tetapi takut saya zalim terhadap makanan dan terkeluar pula saya daripada tujuan sebenar Ramadhan.
Kita beli itu ini, berdasarkan kelaparan yang menguji, tetapi tidak habis makanan-makanan yang kita beli. Atau jika habis pun, makanan-makanan itu tidak menjana kekuatan untuk bangkit berdiri solat beramal ibadat. Bahkan melemahkan.
Jangan cerita berkenaan memberikannya kepada orang lain.
Jauh sekali.
Apa yang telah kita lakukan terhadap makanan-makanan kita sepanjang seminggu pertama di dalam Ramadhan ini?
 
Apakah yang telah kamu lakukan terhadap masa?
Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari berkata lagi:
"Wahai hamba Allah, Allah memberikan kamu masa, dan masa itu sentiasa berlalu. Apakah yang telah kamu lakukan dengan masa kamu dalam bulan ini?"
Kita kelaparan, keletihan, dan merasakan kita sudah mati akal hendak melakukan apa lagi. Lantas kita memilih untuk menghabiskan masa dengan tidur. Lebih teruk lagi, ada kalangan kita mengisi masa dengan bermaksiat walaupun di tengah Ramadhan.
Masa habis dengan bersembang, masa habis di hadapan permainan komputer/video, masa habis menonton drama dan movie, dan begitulah masa-masa berlalu.
Sedangkan Ramadhan ini rahmat Allah mencurah-curah setiap saat.
Apakah yang telah kita lakukan terhadap masa kita di bulan Ramadhan ini sepanjang seminggu yang pertama ini?
Apakah kita mengisinya dengan baik?
 
Apakah yang telah kamu lakukan dengan amal ibadat?
Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari berkata lagi:
"Wahai hamba Allah, Allah telah memfardhukan kamu solat, maka apakah yang telah kamu lakukan terhadap solat-solat fardhu kamu? Ketahuilah bahawa Tarawih itu sunnah, sedang Isya' dan Fajar itu adalah wajib. Apakah pantas untuk kamu mendirikan tarawih tetapi melewatkan isya' dan mengakhirkan fajar? Ketahuilah bahawa Isya' dan Fajr itu datang dahulu sebelum tarawih"
Kadangkala, ada sebahagian kita terlalu teruja melaksanakan ibadah sunat di bulan Ramadhan hingga mengenepikan kualiti ibadah fardhu. Kita tersilap kerana memandang Ramadhan sebagai adat. Sebagaimana orang yang berhenti merokok di waktu siang tetapi merokok pula di waktu malam. Sedang rokok adalah haram 24 jam.
Kita nampak, kalau tak tarawih, maka sama macam tak puasa. Sedangkan kalau meninggalkan solat fardhu dengan sengaja, kita merasa tidak mengapa.
Inilah dia celupan yang silap dan kefahaman yang bengkok.
7 hari telah berlalu, apakah kita menjaga dan mempercantikkan amalan kita?
Apakah yang telah kamu lakukan terhadap Al-Quran?
Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari menyeru lagi:
"Ramadhan adalah bulan Al-Quran wahai hamba Allah. Wahai hamba Allah, maka apakah yang telah kamu lakukan kepada kitab RABB kamu ini? Adakah kamu mempercantikkan bacaan kamu? Adakah kamu menghayati isinya dalam kehidupan kamu?"
Bagaimana 7 hari yang lepas ini? Bagaimana kita melayan Al-Quran? Adakah sekadar berusaha mengkhatamkannya, tetapi tidak memperdulikan tajwidnya?
Sedang menghabiskan bacaan 30 juzu' Al-Quran di dalam bulan Ramadhan hanyalah sunat, manakala membacanya dengan bertajwid adalah wajib. Yang manakah kita dahulukan?
Persoalan yang lebih menarik, apakah kita menyentuh Al-Quran sepanjang Ramadhan ini telah berjalan? Atau kita langsung tidak pernah membacanya?
Adakah kita sekadar hendak membacanya hingga habis, tetapi tidak mahu mengambil pengajaran darinya walau secebis?
Perhatikan, perhatikan.
Apakah yang telah kita lakukan terhadap Al-Quran?
 
Penutup: Apakah kita bermuhasabah untuk melayani Ramadhan kita?
Hari ini 7 Ramadhan dan Hari Jumaat. Saya jadi teringat kepada khutbah ini. Saya rasa sayu dan terharu. Saya masih teringat dengan baik betapa bulu roma saya tertegak ketika Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari membacakan khutbahnya itu.
MasyaAllah.
Bagaimanakah kita melayan Ramadhan?
Sambil lewa?
Jika benar teliti, maka kita akan bermuhasabah akannya. Melihat kembali layanan kita kepadanya. Dan berusaha agar esok lebih baik daripada hari ini.
"7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamba Allah, apakah yang telah kamu buat dalam Ramadhan ini?"
Masih kemas di dalam ingatan saya.
Moga Allah membenarkan kita melayani Ramadhan sebaiknya.

Wanita yang dimurkai Allah

 
Sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut.
Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat.

Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7
& mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."


Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya
tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya.
Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa?
Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun.
" Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.


Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk

walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.

Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong
dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah.

Na'uzubillahi min zalik.

Bersihkan Buah Pinggang dengan RM3.00

 
Bertahun telah berlalu, buah pinggang kita telah sekian lama menapis darah dengan membuang garam, racun dan mana-mana tidak dikehendaki memasuki badan kita. Seiring dengan masa, garam dan racun merbahaya ini berkumpul dan amat perlu kita membersihkan buah pinggang kita.

Bagaimana kita nak bersihkan buah pinggang??

Ia amat mudah, terlebih dahulu ambil sedikit Parsli/Parsley dan basuh ia dengan air bersih (disyorkan basuh dengan Mineral Water).


Kemudian potong daun parsli tadi dalam kepingan kecil kemudian letakkan ia ke dalam sebuah periuk dan tuang air bersih dan masak ia selama sepuluh minit dan biarkan ia sejuk, kemudian tuangkan airnya ke dalam botol/gelas dan simpan di peti sejuk.


Amalkan minum satu gelas sehari dan anda akan dapati perbezaan ketara dimana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang anda melalui air kencing. Juga anda akan dapat merasai perbezaan yang anda belum pernah dirasakan.


Daun Parsli telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!



Antara lain Kegunaan dan Khasiat Daun Parsli /Parsley


Tahukah anda apa itu daun Parsley?

Daun parsli adalah daun yang digunakan untuk membuat sup.


Pokok Daun Parsley juga dikenali dengan nama Pasli.Daun parsley juga biasanya digunakan untuk masakan Itali.


Pokok Parsley (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwitahunan yang daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah.

Khasiat Daun Parsley/Pasli Kaya dengan vitamin
Daun parsley kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.

Khasiat Daun parsley untuk Rambut
Daun parsley yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.
Khasiat Daun parsley Pulihkan Hipotensi
Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.

Parsley/ juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

Roh Di bulan Ramadhan

 

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH YANG KITA SAYANGI...
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,

Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...

Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Roh di Bulan Ramadhan
Aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang
amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan
roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini)..
menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk
kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang
adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di
penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk
melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka
mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah
untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh
mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada
kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua
hal kecuali 3 perkara iaitu
doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.
Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan

untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran
pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.





 

__._,_.___


__,_._,___

Berhati-hati Minum Teh Ais

Berhati-hati Minum Teh Ais, Bisa Terkena Batu Karang.
Posted on Sunday, August 12 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
Juragan

Oleh: abuhikam

"Bagi sebagian orang, minum teh ais adalah pilihan untuk menemani saat bersantai atau saat makan. Tapi ternyata, ada risiko berat dan dasyat dari kebiasaan meminum teh ais. Kajian yang dilakukan peneliti dari Loyola University Medical Center, Amerika, menemukan bahwa orang yang suka minum teh ais berisiko besar terkena penyakit batu karang.

Pasukan peneliti menjelaskan bahwa minuman populer saat musim panas di Amerika itu umumnya mengandung kadar oxalate yang tinggi. Oxalate adalah zat kimia yang bisa menyebabkan terbentuknya kristal-kristal kecil yang terbuat dari mineral dan garam yang ditemukan di urine. Meskipun kristal-kristal tersebut biasanya tidak berbahaya, peneliti memperingatkan, kristal itu bisa membesar dan bersarang di saluran yang mengalirkan urine dari ginjal ke kandung kencing.

"Untuk mereka yang berkemungkinan terkena musibah penyakit batu karang, teh ais adalah salah satu minuman terburuk untuk diminum," kata John Milner dari Jabatan Urologi Loyola University. "Seperti kebanyakan orang, saya menikmati teh ais di musim panas, tapi saya tidak meminumnya secara berlebihan," kata dia. Selayaknya, di antara gaya hidup sehat ialah meminum teh ais secara sederhana.

Kaum lelaki berpeluang empat kali lebih besar terkena batu karang ketimbang perempuan. Risiko tersebut naik secara signifikan untuk lelaki yang berusia 40 tahun keatas. Peneliti mencatat bahwa perempuan menopause dengan kadar estrogen rendah dan mereka yang ovarinya diangkat juga berada pada risiko tinggi.

Untuk mengurangi risiko batu karang, peneliti menyarankan agar kita tetap terhidrasi dengan baik. Meskipun minum air putih adalah yang terbaik, mereka menyarankan lemon murni adalah pilihan lain yang juga baik. Lemon mengandung sitrat yang tinggi, yang menghambat pertumbuhan batu karang.

Saranan lain yang diberikan bagi menghindari batu karang adalah menghindari makanan yang mempunyai kadar oxalate yang tinggi, seperti bayam, cokelat, dan kacang, mengurangi zat garam, mengkonsumsi lebih sedikit daging, serta cukup zat kalsium yang mampu mengurangi penyerapan oxalate dalam tubuh.

Kita Ibarat sebiji Pinggan


KITA IBARAT SEBIJI PINGGAN
 

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita. Selang beberapa tempoh masa…,
 

o   Individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan, lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya...
o   Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor, tidak berbasuh…pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya...
o   Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai, tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina...
 
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala...Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita...iaitu SYURGA...

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm syurga...

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah akan menghumbankan kita ke dlm
NERAKA JAHANAM yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah…tiada nilainya lagi...

…Semoga bermanfaat...

Tips Diet Untuk Kuruskan Badan

 
Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk?

Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.
1.     Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
 
2.    Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah 'jogging' atau berenang.
 
Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.
 
Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.


Apa2pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.
·         Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.
 
·         Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.
 
·         Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
 
·         Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
 
·         Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
 
·         Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai.
 
·         Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
 
·         Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
 
·         Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau… Sesekali Tidak Mengapa.


Sekian, selamat mempraktikkannya…