Pages

Friday, 22 July 2011

PRODUK HALAL: SUATU TUNTUTAN SYARAK

PRODUK HALAL: SUATU TUNTUTAN SYARAK

HALAL bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah. Ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga berkait dengan pakaian, alat-alat perhiasan, kosmetik dan sebagainya. Namun penggunaan istilah HALAL paling kerap digunakan pada makanan dan minuman.

Mengguna atau menikmati makanan dan barangan HALAL adalah tuntutan Allah ke atas manusia terutama kaum muslimin. Allah berfirman di dalam al-Quran;


"Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu".
(al-Baqarah: 168)

"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman".
(al-Maidah: 88)

Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;


طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

"Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam".

(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami' as-Saghier, hadis no. 5270).


طَلَبُ اْلحَلاَلِ جِهَادٌ

"Mencari yang HALAL adalah satu jihad".

(Riwayat Imam al-Qadha'ie dari Ibnu 'Abbas r.a. dan Ibnu Nu'aim dari Ibnu 'Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami' as-Saghier, hadis no. 5273)

Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran, maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang HALAL merupakan tuntutan Syarak. Tuntutan ini tergolong di dalam fardhu Kifayah. Begitu juga, memperniagakan barang-barang HALAL juga merupakan fardhu kifayah.

Dengan kesedaran mengeluar dan memperniagakan barang-barang HALAL, umat Islam akan berupaya mewujudkan pasaran bersekutu sesama mereka yang menawarkan produk makanan dan barangan yang benar-benar bersih dan suci mengikut nilaian Islam iaitu produk makanan dan barangan HALAL.


KONSEP ASAS HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM


Rasulullah s.a.w. menjelaskan konsep asas HALAL dan haram di dalam Islam dengan sabda baginda;


إنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُما مُشْتَبِهاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهاتِ اسْتَبرأ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ في الشُّبُهاتِ وَقَعَ في الحَرَامِ، كالرَّاعي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أنْ يَرْتَعَ فِيهِ، ألاَ وإنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمىً، ألاَ وَإنَّ حِمَى اللَّهِ تَعالى مَحَارِمُهُ، ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ
" (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya;
"Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati".
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu'man bin Basyir r.a.)

Dari hadis di atas kita dapat mengambil beberapa ketetapan hukum;


1. Yang HALAL dan yang haram adalah jelas di dalam Islam


Penetapan HALAL dan haram di dalam Islam adalah terang dan jelas. Setiap butiran yang HALAL dan yang haram terkandung di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Oleh demikian, setiap umat Islam wajib merujuk kepada para ulamak yang mengetahui ilmu al-Quran dan as-Sunnah untuk mengetahui apa yang HALAL dan apa yang haram. Lebih utama untuk melakukan rujukan tersebut ialah para pengeluar dan para peniaga kerana kesilapan mereka akan turut membabitkan orang lain dalam menikmati makanan atau barangan yang haram atau tidak HALAL.


Panduan mengenali makanan dan barangan HALAL


Menurut ulamak, HALAL atau tidaknya suatu makanan dan barangan itu bergantung kepada dua faktor;

a) Zat makanan dan barangan itu sendiri; hendaklah tidak tergolong dalam perkara yang disenarai-haramkan oleh Syarak.

b) Cara pemerolehan makanan dan barangan tersebut. Sekalipun zat suatu barang itu HALAL, namun jika diperolehi dengan jalan riba, penipuan dan sebagainya, maka ia adalah haram di sisi Syarak.

Lebih terperinci, semua makanan dan barangan yang hendak diisytiharkan HALAL hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut;

1. Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan.

2. Ia bebas dari najis

3. Ia bukan produk yang diperolehi dari sumber babi atau anjing.

4. Bagi produk yang diperolehi dari sumber binatang-binatang lain yang HALAL dimakan (khususnya binatang darat) hendaklah dipastikan ianya disembelih mengikut hukum Syarak.

5. Ia diperolehi melalui sumber yang diharuskan.

Oleh demikian, dalam pengeluaran barang-barang HALAL, para pengeluar hendaklah memastikan bahan mentah dan ramuan yang digunakan hendaklah HALAL. Binatang yang HALAL untuk dimakan seperti lembu, kambing dan sebagainya mestilah disembelih mengikut hukum Islam, di mana penyembelihannya itu dilakukan oleh orang Islam dengan memetuhi syarat-syarat penyembelihan yang ditetapkan. Bahan ramuan HALAL tidak boleh bercampur atau menyentuh bahan-bahan haram seperti produk daripada sumber babi atau anjing sewaktu menyimpan, mengangkut, memasak dan menghidangkannya.

Pada tahun 2001 umat Islam di Malaysia dan Indonesia digemparkan dengan berita mengenai enzim babi digunakan dalam pengeluaran bahan penambah perisa MSG. Bahan yang menimbulkan kontroversi itu ialah Bactosoytone iaitu nutrien yang digunakan untuk membiakkan bakteria yang akan digunakan sebagai medium pembiakan ibu dalam proses penapaian. Bactosoytone dihasilkan apabila protein soya diuraikan oleh enzim yang diekstrakkan daripada pankreas babi. Oleh itu, penggunaan Bactosoytone dalam pengeluaran MSG adalah haram kerana ia dihasilkan daripada sumber yang haram.


2. Jauhi yang syubhat


Di persimpangan antara yang HALAL dan yang haram tersebut terdapat yang samar-samar yang belum dipasti statusnya; apakah ianya HALAL atau haram, iaitulah perkara-perkara syubhat. Perkara syubhat ialah perkara yang diragui HALAL-haramnya. Langkah terbaik menurut Rasulullah ialah dengan meninggalkannya. Rasulullah s.a.w. menegaskan dalam hadis di atas;
"…sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram…".

Sebagai contoh; penggunaan gelatin. Gelatin dihasilkan daripada kulit dan urat binatang seperti babi dan lembu. Namun sekalipun gelatin diperolehi daripada lembu, ini tidak bermakna ianya HALAL kerana kita tidak tahu sama ada lembu tersebut telah disembelih mengikut hukum Islam atau tidak. Di banyak negara bukan Islam, hanya terdapat segelintir rumah sembelihan yang memenuhi keperluan orang Islam. Tambahan pula, kebanyakan makanan bergelatin tidak menyatakan sama ada gelatin yang digunakan itu diperolehi dari sumber babi atau lembu. Jadi, gelatin secara umumnya termasuk dalam perkara syubhat. Oleh demikian, penggunakan bahan bergelatin perlu dielakkan oleh umat Islam kecuali yang benar-benar jelas pengesahan HALALnya oleh pihak yang dapat dipercayai.


3. Kaitan penjagaan HALAL dan haram dengan hati


Dihujung hadis, Rasulullah menyebutkan tentang hati dan pengaruhnya terhadap perlakuan manusia sama ada baik atau buruk. Apa kaitan hati dengan konsep HALAL dan haram yang disebut di awal hadis? Persoalan ini dapat dijelas dengan dua tafsiran;

Pertama; Kesedaran untuk menjaga HALAL dan haram bergantung kepada hati. Hanya orang yang memiliki hati bertakwa dan takutkan Allah akan memerhati makanan atau barangan yang digunanya; apakah HALAL atau haram? Adapun orang yang fasik dan memiliki hati kotor, baginya tidak penting sama ada rezki yang dinikmatinya HALAL atau tidak. Yang penting adalah memenuhi selera dan nafsunya.

Kedua; Bersih dan sucinya hati berkait dengan makanan dan penggunaan barangan yang HALAL. Jika seseorang itu sentiasa melazimi yang HALAL, akan terjagalah hatinya. Akan tetapi jika ia mula terlibat dengan yang haram, akan kotor dan rusaklah hatinya.


GUNAKAN PRODUK YANG BERSIH DAN SUCI


Islam amat mementingkan kebersihan. Kebersihan yang dituntut oleh Islam merangkumi kebersihan lahiriyah dan juga kebersihan rohaniyah. Kebersihan lahiriyah ialah dengan memastikan pakaian dan tubuh-badan sentiasa dalam keadaan bersih terutamanya untuk beribadah. Oleh demikian, umat Islam perlu memastikan produk yang mereka gunakan pada badan mereka sama ada berupa pakaian, minyak wangi, syampu, ubat gigi, kosmetik dan sebagainya dibuat dari bahan-bahan yang bersih dan tidak najis. Kewujudan produk najis di badan menghalang sahnya ibadah di samping pemakainya tidak disukai oleh Allah dan para malaikat. Allah berfirman;


"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang sentiasa mensucikan diri (dari kekotoran dan najis)".
(al-Baqarah: 222)

Allah menjelaskan di dalam ayat di atas bahawa ia menyukai orang yang suka bertaubat dan membersihkan diri. Maka mafhum mukhalafah (yakni pemahaman sebaliknya) dari ayat tersebut ialah; orang yang banyak melakukan dosa dan tidak menjaga dirinya dari najis dan kekotoran, ia akan dibenci oleh Allah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan;
"Tidak diterima solat tanpa bersuci" (Hadis riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah). Telah disepakati (atau diijmakkan) oleh para ulamak bahawa bersuci yang menjadi syarat sahnya solat itu merangkumi bersuci dari najis di samping bersuci dari hadas. Oleh demikian, memakai atau membawa produk-produk yang diperbuat dari najis atau yang mempunyai unsur-unsur bahan najis dalamnya akan menyebabkan tidak sahnya solat.

Bersuci batiniyah pula ialah dengan mengelak dari terjerumus dalam dosa termasuk dalam hal makan-minum. Menikmati makanan yang haram atau tidak HALAL merosakkan batin seseorang kerana ia telah melakukan dosa kepada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan;


أَيـُّمَا عَبْدٍ نَبَتَ لَحْمُهُ مِنَ السُّحْتِ وَالرِّبَا فَالنَّارُ أَوْلَى بـِهِ

"Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya".

(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari 'Atak dari Ibnu 'Abbas r.a.)


15 MUDARAT DOSA


Salah satu mudarat dosa ialah ia menghalang keluasan rezki sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;


إِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بـِالذَّنْبِ يُصِيْبُهُ

"Sesungguhnya seseorang itu akan terhalang dari rezki kerana dosa yang dilakukannya".
(Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah, al-Hakim dari Thauban r.a./ Al-Jami' as-Saghir, Imam as-Suyuti, hadis no. 1975.)

Seorang ulama' Islam terkenal iaitu al-'Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah telah menyenaraikan lebih 15 kemudaratan yang bakal menimpa manusia kerana dosa, iaitu;

1. Kurang mendapat petunjuk dari Allah
2. Rosaknya pandangan dan akal fikiran
3. Terhijab diri dari mengenali kebenaran
4. Hati menjadi rosak
5. Rendah sebutan nama di mata manusia lain
6. Waktu dalam kehidupan menjadi sia-sia
7. Tidak disukai oleh makhluk Allah
8. Hubungan dengan Allah menjadi renggang
9. Doa tidak akan dimakbulkan Allah
10. Hati menjadi keras
11. Tidak ada keberkatan pada rezki dan umur
12. Terhalang dari mendapat ilmu
13. Hidup berterusan dalam keadaan hina-dina
14. Akan dihina dan diperlekehkan oleh musuh
15. Dada sentiasa sempit dan resah
16. Diuji oleh Allah dengan teman dan kawan yang jahat
17. Sentiasa dalam keadaan duka-cita dan kebimbangan
18. Kehidupan dan rezki menjadi sempit
19. Fikiran sentiasa resah dan tidak tenteram
(Rujuk kitab 'al-Fawaid', oleh al-Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah, hlm. 67)


MELAZIMI YANG HALAL AKAN DIMUSTAJABKAN DOA


Seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas r.a. pernah memohon kepada Rasulullah s.a.w.;
"Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku dimustajabkan doa". Lalu Rasulullah berkata kepadanya;

يا سعد أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة، والذي نفس محمد بيده إن الرجل ليقذف اللقمة الحرام في جوفه ما يتقبل منه أربعين يوماً، وأيّما عبد نبت لحمه من السحت والربا فالنار أولى به
(رواه الحافظ ابن مردويه عن عطاء عن ابن عباس).
"Wahai Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seorang itu apabila telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya (oleh Allah) selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya".

(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari 'Atak dari Ibnu 'Abbas r.a.)

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah s.a.w. pernah bercerita tentang seorang lelaki yang kesusahan kerana jauh mengembara, rambutnya kusut-masai dan tubuh-badannya berdebu. Ia memhon kepada Allah dengan menyeru;
'Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!' sedang makanan (yang dimakan)nya adalah haram, minuman (yang diminum)nya juga haram serta pakaian (yang dipakai)nya juga haram, malah ia diberi makan dengan yang haram, maka bagaimana hendak diperkenankan (oleh Allah) doanya?". (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

SIKAP UMAT AKHIR ZAMAN; TIDAK MENGHIRAUKAN HALAL DAN HARAM


Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah meramalkan keadaan umat akhir zaman yang tidak mengambil berat soal halal dan haram, dosa dan pahala. Baginda bersabda;


ليأتين على الناس زمان لا يبالي المرء بما أخذ المال أمن حلال أم من حرام

"Akan tiba satu zaman di mana seseorang itu tidak menghiraukan dari mana datang hartanya; apakah dari yang HALAL atau dari yang haram".

(Riwayat Imam al-Bukhari dan an-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)


DOA RASULULLAH DI WAKTU PAGI


Menurut Ummu Salamah r.a. (salah seorang isteri Nabi s.a.w.); Nabi s.a.w. apabila berada di waktu pagi, baginda akan membaca doa;


اللَّهُمَّ إني أسألُكَ عِلْماً نافعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

"Ya Allah, wahai Tuhanku! Aku memohon dari Engkau ilmu yang bermanfaat, rezki yang baik dan amal yang diterima".
(Riwayat Imam Ibnu Majah/Lihat: Al-Azkar, Imam an-Nawawi, bab Ma Yuqalu 'Inda as-Shobah)

Waktu pagi adalah permulaan hidup kita. Pada waktu pagi manusia biasa merancang apa yang hendak dilakukanya pada hari yang bakal ia lalui. Dalam doa di atas, Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya memfokuskan tiga perkara untuk kita capai dalam perjalanan hidup kita seharian, salah satu darinya ialah rezki yang baik iaitu rezki yang bersih dan HALAL serta diberkati Allah.

Doa di atas bukan sahaja perlu dijadikan amalan harian, malah perlu menjadi motivasi kepada para pengeluar, pengusaha dan peniaga muslim untuk lebih menggiatkan usaha mengeluar dan memperniagakan produk-produk HALAL khususnya yang berkait dengan makanan dan barang-barang kegunaan harian kerana usaha tersebut membuka medan seluas-luasnya kepada kaum muslimin untuk dapat menikmati rezki yang baik (yang bersih, HALAL dan diredhai Allah) sehingga tidak ada alasan lagi untuk mereka terlibat dengan yang haram.

 

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997). Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004). Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan. Kini berkhidmat sepenuh masa dengan HPA sebagai S/U Panel Syariah HPA dan Mudir Am MANHAL-HPA.


Wednesday, 20 July 2011

relax jap


Loya Buruk 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?"

"Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf,
akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.


Loya Buruk 2
Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor,
saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak
pernah mengganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap.
Jadi saya selalu kentut. Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari
perempuan tua itu...,dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya
sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor.  Mungkin
doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap." Sambil
menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab, "Ok,sekarang
ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali."Tuan doktor,"
panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor
beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...
tapi baunya sangat busuk." Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah
mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang, mari saya periksa
telinga makcik."

Moral of the story : berjaga jagalah ketika lepaskan angin tu..
walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna orang lain pun tak
dengar gak ! hehehehe..


Loya Buruk 3
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua
di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya..... lebih kurang sudah 8 tahun , nak .
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat
berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di
Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti
Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia
di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan
juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik..

Kisah Itik dan Kura-Kura


Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.

Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.

"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "

"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.

"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.

"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.

"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.

Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.

"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "

Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.

Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.

"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.

Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.

'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"

Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.

Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.

Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.

Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa.

Tuesday, 19 July 2011

** KISAH MISTERI ALAM ROH **

 
"Bayangkan, sepanjang tempoh saya berada dalam keadaan koma, saya 'dijaga' oleh arwah ayah yang duduk di sebelah katil saya. Kalangan 'pelawat' yang datang pula terdiri daripada anggota keluarga saya yang semuanya sudah meninggal dunia," ceritanya.

Beliau tidak pasti sama ada ia satu mimpi, mainan dalam kepala atau itulah berlaku pada seseorang yang berada dalam keadaan 'antara hidup dan mati' - koma. Hatta, hanya orang yang duduk dalam alam roh saja boleh bertemu roh (orang yang sudah meninggal dunia).

Sambungnya lagi: "Apabila saya mengerang kesakitan, arwah bapa saya akan mengurut belakang saya, sambil memberi kata-kata semangat berbunyi: 'Tak apa, ayah ada untuk bantu', 'sabar, lepas ini baiklah tu'. Akhirnya, arwah bapa mengajak saya mengikutnya pulang."
Menurut rakan itu lagi, beberapa minggu selepas keluar dari IJN, beliau balik ke kampungnya dan kebetulan seorang ustaz yang juga pernah menjadi gurunya datang menziarah.

"Ustaz itu tanya, sama ada saya ada mengalami sesuatu (macam mimpi) ketika menjalani pembedahan dan dalam keadaan koma. Maka, saya ceritalah pengalaman saya itu tetapi beliau tidak terkejut. Malah kata beliau, jika saya ikut kehendak arwah bapa yang mengajak saya pulang bersamanya, ia bermakna saya akan 'mengikutnya ke dunia lain' juga (meninggal dunia). Namun, takdir belum menetapkan ajal saya," katanya.

Ada yang kata, sebab itu apabila seseorang baru sedar daripada koma atau pengsan, dia akan meracau dan pelbagai kata-kata terkeluar daripada mulut dan sesetengahnya lucu atau tidak masuk akal termasuk menyebut perkara yang bukan-bukan seperti memanggil nama orang yang sudah meninggal dunia.

Tun Dr Mahathir Mohamad selepas 24 jam selesai menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua di IJN genap setahun lalu, pernah mengeluarkan kata-kata lucu kepada isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.
"Selepas sedarkan diri, beliau (Dr Mahathir) sempat berjenaka dan menanyakan beberapa perkara lucu kepada ibu (Dr Siti Hasmah)," kata anaknya, Mokhzani ketika itu tetapi tidak menjelas lanjut perkara lucu yang dimaksudkan.

Ada satu lagi misteri, yang biasanya berlaku dalam masyarakat Melayu ialah seseorang yang akan meninggal dunia, menyebut nama-nama mereka yang sudah lama meninggal dunia. Biasanya kejadian seumpama ini hanya disedari selepas seseorang itu meninggal dunia.

Cerita pula seorang rakan bernama Osman: "Arwah bapa mentua saya, kerap kali menyebut nama ahli keluarga lain yang sudah lama meninggal dunia. 'Si anu' mengajak saya mengikutnya..... Itu berlaku kira-kira enam bulan sebelum dia meninggal dunia. Ada juga antara kami menganggap kenyataan itu sebagai nyanyuk."

Malah ada juga cerita menyatakan orang yang baru meninggal dunia, masih berupaya untuk mengenali siapa yang datang menziarahi dan begitu juga apabila arwah sudah berada di liang lahad.

Bagaimanapun, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed ketika diminta pandangannya mengenai pendapat bahawa jenazah (orang sudah mati) boleh melihat mereka yang datang menziarah, berkata al-Qurtubi dalam At-Tazkirah menjelaskan, orang mati nampak orang yang melaluinya.

"Orang dah mati diberi peluang oleh Allah untuk tengok orang yang hidup," katanya dan menyatakan firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad). Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan." (Surah at-Tawbah, ayat 105).

Malah katanya, orang yang sudah mati diceritakan berdoa kepada Allah apabila ada di dunia ini yang hendak mati, meminta supaya jangan dicabut dulu nyawa orang itu kerana dia belum sedia hendak mati disebabkan amal yang kurang.

"Roh ini ada tiga keadaan dan satu daripadanya ialah roh berhubung sesama mereka tanpa had, maknanya antara roh sesama roh boleh berhubung. Contoh macam kita mimpi berjumpa roh lain atau pergi ke satu tempat.

"Begitu juga apabila kita berjumpa dengan seseorang, rasa macam mudah hendak kenal dan selesa. Maknanya, roh pun buat kajian mengenai orang yang selari dengan dia dan mudah bertolak ansur. Ini serupa dengan keadaan di mana ada orang yang kita jumpa tetapi tidak boleh 'ngam'. Orang nak meninggal ini Allah bagi kelebihan. Sebab itu ada yang sedang nazak kita dengar dia sebut nama orang yang sudah meninggal dunia," jelasnya.

Ibn al-Qayyim dalam Kitab ar-Ruh menyatakan: Apabila seseorang menziarah kubur, orang dalam kubur mengenali orang yang datang dan mendengar suara mereka. Mereka menjadi gembira dan membalas salam orang yang datang. Ini bukan untuk orang yang mati syahid saja, malah untuk semua orang mati dan tidak terhad waktunya.

Ada juga pendapat menyatakan bahawa kebiasaannya orang tua akan menyebut nama ahli keluarga lain yang sudah meninggal dunia, semata-mata kerana sudah nyanyuk, apabila memorinya sudah tidak seimbang.

Penulis teringat tulisan Nuraina Samad dalam blognya Julai tahun lalu mengenai bapanya, Tan Sri Abdul Samad Ismail atau Pak Samad yang meninggal dunia, Khamis lalu.

Nuraina, bekas wartawan New Straits Times (NST) berkata, mereka sekeluarga sudah biasa dengan bapa mereka yang kerap terlupa dan ada ketikanya mereka berasakan yang Pak Samad bagaikan berpura-pura lupa nama dan peristiwa tertentu.

"Ada ketikanya, kita rasa hairan dengan sikap bapak. Bapak bertanya mengenai Kak Eda. 'Lama Kak Eda tak datang', kata bapak kepada saya. Saya bagi tahu bapak, Kak Eda dah meninggal dan bapak terkejut dengan menyatakan 'tiada siapa bagi tahu saya.'

"Saya kata, bapak.... kan bapak dah tahu Kak Eda dah meninggal dunia kerana kanser, cuma bapak tidak ingatnya sekarang, kata saya perlahan. Bapak terdiam agak lama," kata Nuraina. Kad Eda atau Noraida Samad, 51, meninggal dunia pada 8 Mac tahun lalu kerana kanser.

Kira-kira sebulan sebelum sambutan 50 tahun Berita Harian Julai tahun lalu, penulis menghubungi Nuraina untuk membuat temu bual khas dengan Pak Samad, sempena sambutan itu untuk disiarkan dalam keluaran khas.

"Tak ada masalah, tetapi yang jadi masalahnya ialah kadangkala bapak antara sedar dan tak sedar. Ok, macam ini, you e-mel saja semua soalan pada saya. Apabila bapak berada dalam keadaan sedar, saya sendiri akan bertanya dan catatkan. Bila siap akan e-mel you semula," kata Nuraina. Ternyata Nuraina tidak menghampakan.

Segala coretan dalam kolum ini, adalah sebagai pengajaran akan kebesaran Allah dan betapa dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Wang berjuta, timbunan harta dan deretan gelaran, semuanya untuk kesenangan dunia yang tidak akan dibawa bersama-sama ke dunia lain, apabila tiba masanya nanti. Fikir-fikirkanlah.

.

Tuesday, 12 July 2011

DOLLAH loves JOYAH


Dia sedar dirinya diperhatikan, namun dia cuba berlagak cool. Dia yang mula berasa tak keruan, mengangkat tangan kanannya membetulkan cap putih kesayangannya. Wajahnya ditundukkan sedikit. Tiba-tiba dia terdengar satu suara gadis,
"Aduh!"
"Sorry EJ... Sorry... Lan tak sengaja"
Niat hatinya ingin menoleh melihat apa yang telah terjadi, lebih-lebih lagi apabila nama gadis kesukaannya disebut namun kakinya terus melangkah berlalu menuju ke stesen bas untuk pulang ke rumah.

-------------------------------------

"EJ okay ke? Sakit tak? Sorry Lan tak sengaja" Mazlan diselubungi rasa bersalah apabila bola yang sepatutnya dibaling ke arah Kwan Ching tersasar dan terkena tepat ke kepala Elina. Agak kuat pula balingannya tadi. Elina menggosok-gosok kepalanya sambil tersenyum.
"Hehehe... Bukan salah Lan. EJ yang gatal sangat duduk dekat dengan tempat korang main basketball ni"
"Sakit sangat ke?" Mazlan mendekatkan tangannya untuk memegang kepala Elina. Elina yang sedar tindakan Mazlan cepat-cepat menginjakkan badannya ke belakang.
"Dah ok dah!" Elina bingkas bangun.
"Dayah, jom balik kelas!" Dayah yang dari tadi duduk menemani Elina, bangun sambil tersenyum ke arah Mazlan.
"EJ marahkan Lan?"
Geleng.
"EJ baru teringat EJ tertinggal nota sejarah EJ dalam kelas. Takde nota tu, malam nanti terkial-kial pulak nak siapkan kerja rumah EJ. Terkena bola tadi tu baru teringat" Elina tertawa kecil. Mazlan tersenyum manis. Semanis madu!
"Bye!"

*************************************************

Sweet! Sweet macam gula-gula. Eh! Tak! Dia lagi manis dari tu! EJ.... Apelah agaknye nama penuh die eh? Kejap-kejap kawan die yang suara serak-serak basah ala ala Rani Mukherjee tu panggil die EJ... EJ... Kawan die tu cun jugak, tapi die lagi sweet...
Senyum sambil membayangkan wajah Elina yang sedang tertawa.
Aku rasa die pun ade hati dekat aku... Errr... Perasan ke aku ni? Tapi... Aku sedar tiap kali aku lalu depan sekolah die, die mesti akan curi-curi tengok aku. Kalau die tengah duduk makan jambu batu dengan member die tu, tengah makan mesti die akan stop makan pastu curi-curi pandang tengok aku.
Hafsham bangun dari katilnya dan menuju ke tingkap biliknya sambil memandang ke arah luar tingkap.
Papa ni pun satu hal. Baru je pindah sini, naaaak pindah KL balik. Alu baru je mula rasa selesa and happy tinggal dekat Penang ni.
Hafsham memprotes sendiri kemudian termenung jauh.

**************************************************

"Sampai bila hang nak lagu ni EJ?" Elina menjungkitkan bahunya. Dayah yang pekat bertutur dengan slang Penang, mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Kalau hang lambat, biaq aku approach dia!" Elina yang sedang mengunyah jambu batu hampir menjerit namun sebaliknya yang jadi apabila dia hampir tercekik. Dayah yang panik menepuk-nepuk belakang badannya.
"Kau ni...." Elina cuba untuk bercakap namun tersekat-sekat kerana sisa jambu batu yang sudah hampir lumat dikunyah masih berada di dalam lehernya. Matanya sedikit berair akibat tercekik buah jambu tadi. Lagi sekali Dayah menepuk-nepuk bahunya. Namun kali ini kuat dari tadi. Elina yang sedang tunduk mencapai air limaunya untuk diminum tersenyum.
"Haaa.... Rasa bersalah lah tu. EJ oklah..." tepukan Dayah semakin menjadi-jadi. Elina yang berasa hairan mengalihkan pandangannya kepada Dayah. Dayah kemudiannya menundingkan jarinya kepada satu arah. Mata Elina memuntang apabila melihat jejaka idamannya sedang melangkah ke arahnya sambil tersenyum manis.
'Baru aku tau die ade lesung pipit.... Eh! Kenapa die datang sini? Mimpi ke aku ni? Kenapa aku rasa berdebar-debar ni?!!!'
Elina semakin tak keruan apabila Hafsham semakin dekat menuju ke arahnya. Pipinya terasa panas. Hafsham menyeluk tangan kanannya ke dalam kocek. Cuba menghilangkan getar hatinya yang agak gemuruh walaupun wajahnya tampak tenang.
"Hi..." sepatah Hafsham menyapa. Elina mengangguk lembut sambil senyum. Kedua-dua mereka terpaku. Dayah sesekejap memandang Elina. Sesekejap memandang Hafsham.
"Errrr.... Saya suka tengok muka awak!" Elina ternganga! Hafsham gugup selepas menutur kata-kata yang agak straight forward.
"Errr..... Saya akan berpindah ke KL. Contact lah saya kalau sudi" Hafsham yang tiba-tiba berasa segan meletakkan sekepin kertas di atas meja makan dan terus berlalu pergi. Dayah mengerutkan kening tidak berpuas hati.
Elina yang seolah-olah sedang bermimpi, tersedar apabila Dayah berkali-kali memanggil-manggil namanya. Teringatkan kertas yang diberikan Hafsham tadi, Elina mengangkat tangannya untuk mencapai kertas tersebut. Namun, tiba-tiba angin kuat datang menerbangkan kertas tersebut masuk ke dalam longkang berhampiran kedai makan kegemaran Elina dan Dayah.
Dayah meneguk liur. Elina menangis di dalam hati!

*************************************************

Beep! Beep! Elina yang sedang menumbuk sambal belacan berhenti menumbuk. Telefon bimbitnya dicapai.

------------------------------------------------------------

From sender : 0123868283

Barang yang you order tu dah sampai.
Sila bank-in ke account I, CIMB 14080310155724.
Thanks.

--------------------------------------------------------------

Elina mengerutkan keningnya.
"Dayah!" Elina menjerit memanggil Dayah yang sedang kusyuk menonton tv.
"Dayah!!!" jeritnya lagi sekali apabila panggilannya tiada sahutan.
"Yes madam?!"
"Sini kejap!" dalam masa tak sampai satu minit, Dayah muncul dengan riak terkejut. Dia kemudiannya tergelak besar.
"Hang ni EJ! Agak-agaklah kalau nak nak pakai perisai sekalipun!" Elina terpinga-pinga.
"Takde spek mata besar lagi ker?!!" kali ini barulah dia tahu mengapa Dayah tergelak besar. Spek mata hitamnya dibuka dan diletakkan ke lantai.
"Mata EJ ni kan takde insuran. Buat masuk cili padi nanti macam mane?" Elina sengih.
"Kenapa panggil Dayah tadi?"
"Haaa.... Ni... Kenal tak nombor siapa ni? Ke Dayah ade order ape-ape guna nombor EJ?" Elina menunjukkan mesej yang dibacanya tadi kepada Dayah. Lama Dayah menatap skrin telefon bimbit Elina membaca mesej tersebut dan cuba mengenal pasti samada dia mengenali nombor tersebut ataupun tidak. Setelah yakin dia langsung tidak pernah mengetahui siapa pemilik nombor tersebut, Dayah menggelengkan kepalanya.
"Sure?" soal Elina.
Geleng.
"Ok lah. Abaikan je lah" Elina meletakkan telefon bimbitnya di tepi pahanya dan mengenakan kaca mata hitamnya kembali.
Tugas menumbuk sambal belacan belum selesai beb!

**********************************************

Beep! Beep!

--------------------------------------------------------

From sender : 0123868283

Thanks sebab inform ye. Patutlah I tak dapat reply.
Rupa2nya I yang salah nombor.

-----------------------------

Reply from : 0172256354

Hihihi. Ok. Mula-mula I malas nak reply, but then
lepas solat maghrib tadi I terasa nak inform you.

----------------------------------

From sender : 0123868283

Thanks. Me gtg. Kalau you berminat nak beli ape-ape
produk makanan sejuk beku just contact this num ok?
Nama you ape?

-----------------------------------------------------------

Lama Elina berfikir. Dia langsung tidak mengenali siapa pemilik nombor 0123868283 tersebut. Lelaki atau perempuan tidak diketahuinya. Setelah beberapa minit berfikir, tangannya laju menekan keypad telefon bimbitnya.

-----------------------------------------------------------

Reply from : 0172256354

Ok. Will do. I Joyah.

------------------------------------------------------------

Hafsham tergelak kecil membaca pesanan ringkas yang baru diterimanya itu.
'Joyah? Ni mesti kes guna nama samaran ni...' bisik hatinya. Dia lantas membalas pesanan ringkas daripada 'Joyah'.

Reply from : 0123868283

Baik Cik Joyah. Nice to know you. Keep in touch!
-Dollah-

-------------------------------------------------------------

Dayah yang sedang menonton televisyen tersentak apabila Elina tiba-tiba tertawa besar.
"Awat hang ni?" Elina menutup mulutnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Namun sisa tawanya masih kedengaran. Dayah menyambung menonton televisyen. Itulah aktiviti harian mereka setelah setengah hari bekerja si sebuah syarikat agensi pelancongan. Balik dari pejabat, selalunya mereka akan memasak di rumah dan makan bersama. Pada awalnya, hubungan mereka renggang seketika setelah Dayah berpindah dan bekerja di Kuala Lumpur setelah berjaya mendapatkan Sijil Pengurusan Pelancongan di Politeknik Johor Bahru. Manakala Elina sebelum itu pula menyambung pelajarannya di Kolej Teknologi Pulau di Pulau Pinang. Dayah ada mengajaknya untuk sama-sama melanjutkan pelajaran di Johor Bahru, namun Elina menolak kerana tidak mahu berjauhan dengan Mazlan yang ketika itu sudah setahun menjadi kekasihnya. Dia dan Mazlan sama-sama melanjutkan pelajaran di Kolej Teknologi Pulau namun mengambil jurusan yang berbeza. 4 tahun selepas itu, Elina berpindah ke Kuala Lumpur dan mula tinggal dengan Dayah. Setelah seminggu tinggal di situ, akhirnya Elina membuka cerita,

'EJ tak sangka boleh jadi macam tu. Dayah sendiri pun tahu kan macam mana dia bersungguh-sungguh tagih cinta EJ. Mula-mulanya semuanya ok, tapi setahun lebih lepas study dekat sane, EJ dah dengar macam-macam cerita tentang Lan. Bile EJ tanya Lan, dia cakap itu semua fitnah. Orang buat cerita sebab iri hati dengan hubungan EJ dengan Lan. Waktu tu EJ percayakan die sebab EJ tahu, Lan tu menarik, ramai perempuan yang cuba dekat die, tapi die tak layan sebab die setia pada EJ. EJ fikir mungkin sebab tu ramai orang kecil hati, dengki dan mula sebarkan cerita bukan-bukan. Tapi masuk tahun kedua hubungan kami, Lan pun makin berubah. Jarang sangat nak spent time dengan EJ. Asyik dengan rakan sekelas die je, Azira. EJ jeles tau dengan hubungan dorang. Rapat semacam. EJ tengok, Azira tu pun kadang-kadang terlebih manja dengan Lan. Bila EJ tanya Lan, Lan marah-marah, cakap EJ tak percayakan dia dan suka fikir bukan-bukan sedangkan Azira tu cuma rakan sekelasnya. Alasannya, Azira agak pintar dan mereka sering mengulangkaji bersama. Satu hari, barulah semuanya terbongkar bila EJ baca semua sms daripada Azira dan Lan dari telefon bimbit Lan mengenai perasaan masing-masing dan hubungan cinta diorang – '

Airmata mula mengalir keluar dari birai mata Elina.

'Lepas tu, EJ cuba bersikap rasional. EJ cari masa yang sesuai, cuba berbincang dengan Lan mengenai perkara tersebut. EJ berterus-terang yang EJ curi-curi baca sms-sms Lan dan Azira dan minta penjelasan dari dia. Waktu tu, EJ tak sangka bila Lan marahkan EJ sentuh barang peribadinya dan lepas dia mengakui bahawa dia lebih sayangkan dan perlukan Azira dalam hidup dia, dia putuskan hubungan kami –'

Waktu itu, jika mata Elina ialah langit, airmatanya ibarat hujan yang turun 3 hari 3 malam tanpa henti.

********************************************

"Aku tengok kau ni asyik dengan bisnes kau je. Cari-carilah sorang teman Sham"
Hafsham seolah-olah tidak mendengar apa yang sedang diperkatakan rakan karibnya semenjak berpindah ke Kuala Lumpur 6 tahun lepas, tunduk mengacau air limau sejuknya dengan sudu.
"Sham. Yang lepas tu lepaslah... Patah tumbuh hilang berganti" serentak Hafsham tergelak kecil. Kedua-dua tangannya kemudiannya disatukan dan diletakkan di antara air limau aisnya dan dan dada bidangnya.
"Bukan sebab aku masih tak dapat lupakan dia Wan.... Cuma.... Aku rasa aku ni muda lagi, baru je 24 tahun... So aku rasa baik aku cari asset dulu sebelum settledown"
"Aku fahaamm... Tapi aku tengok bisnes kau pun dah mula berjalan lancar. Alah, aku tau kau kadang-kadang sunyi kan? Kalau tak buat ape asal kau free je, ajak aku lepak, asal lepak je kau free"
"Habis tu aku nak lepak ngan sape lagi kalau bukan lepak dengan kau?"
"Tu lah sebab kau kena cari someone!"
Azwan sengih!
"Alah, kau tahulah aku ni malas nak mencari-cari ni"
"Tulah kau, pemalu sangat dengan perempuan. Tapi si Nazrah tu, boleh pulak kau approach die eh?" Hafsham tersenyum sinis.
"Sebab aku nampak die tu macam pemalu dari aku... Tapi last-last baru aku tau, sikap pemalu dia, innocent die, sikap naif dia tu semua tu hanyalah luaran je" Azwan yang mula rapat dengan Hafsham semenjak jejaka tampan dan pemalu itu mula bersekolah di sekolah menengahnya, terdiam. Azwan boleh dikatakan mengetahui hampir kesemua perkara mengenai Hafsham termasuklah kisah cinta Hafsham yang putus di tengah jalan apabila kekasihnya, Nazrah curang walaupun Hafsham sangat setia dan sepenuh hati menyayangi gadis comel itu.
"Tapi..."
"Aku akan settledown kalau aku jumpa gadis yang muncul dalam mimpi aku semalam" Hafsham senyum lebar menampakkan lesung pipitnya.
"Sape Sham?"
"EJ!"

**************************************************

"Terima kasih banyak-banyak atas makanan-makanan ni. Budak-budak semua tu pun suka" ujar salah seorang pengurus Taman Pendidikan Anak-Anak Yatim Darul Kifayah yang terletak di Kampung Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
"Apa sangatlah sumbangan kami ni kalau nak dibandingkan dengan kegembiraan kesemua anak-anak yatim tu" ujar Elina rendah diri. Dayah angguk tanda setuju.
"Semua makanan ni kamu buat sendiri ke?" soal pengurus tersebut yang membahasakan dirinya sebagai Kak Intan.
"Eh! Taklah! Kitorang order karipap, murtabak dengan popia ni dari seorang pembekal makanan sejuk beku. Lepas tu goreng ajelah" Dayah menjawab laju.
"Iye ke. Sedap. Nanti-nanti bolehlah Kak Intan order pulak" Kak Intan memuji produk sejuk beku yang dibekalkan dari syarikat Hafsham.
"Itulah, sedap kan? Saya pun baru first time rasa. Tak menyesal" Elina mengiyakan pujian Kak Intan.
"Macam mane akak nak order ye?"
"Kejap ye… Saya kasi nombor telefon die…." Elina lantas meraba-raba mencari telefon bimbitnya yang terletak di dalam tas tangannya.
"0…1..2…3…8..6…8…2…8…3…" lambat-lambat Elina menyebutnya untuk memberi masa kepada Kak Intan untuk menyalin nombor telefon yang diberikan.
"Ok. Apa nama pengedarnya?"
"Dollah!"

********************************************

Beep! Beep! Beep! Beep!

--------------------------------------------------------

From sender : Dollah

Salam. Busy ke?

----------------------------------------------------------

Reply from : Joyah

Wa'alaikumussalam. Tak busy pun. Tengah tengok tv
dengan housemate I.

---------------------------------

From sender : Dollah

Ic.. ic… You jarang keluar ke? Setiap kali I text
you, you mesti dengan housemate you.

----------------------------------

Reply from : Joyah

Jarang sangat. Err… Setahu I, kita jarang sms.

----------------------------------

From sender : Dollah

Ye. Tapi time you order karipap dengan popia hari tu,
Bile I tanya you, you cakap dekat rumah jugak, dengan
housemate you. Then seminggu lepas tu, I tengah
bosan, I text you, you jawab benda yang sama jugak.
=)

----------------------------------------------------------

Reply from : Joyah

Hihihi. Memang ini je activity I. You tu, kalau tak
dengan kerja you, macam free aje. Macam kurang kawan.

-----------------------------------------------------------

From sender : Dollah

=) .. Memang I kurang kawan. I ada sorang je kawan
rapat. Kalau free, slalunye I lepak dengan die je.

----------------------------------------------------------

Reply from : Joyah

Gf?

-----------------------------------------------------------

From sender : Dollah

=) … takde semenjak setahun yang lepas… You?

-----------------------------------------------------------

Reply from : Joyah

Hmmm… samalah… takde semenjak setahun yang lepas…

-----------------------------------------------------------

From sender : Dollah

Boleh I call you?

-------------------------------

Reply from : Joyah

Boleh… =)

------------------------------------ Seminit kemudian, nada lagu 'Knock You Down' nyanyian Keri Hilson berkumandang. Nama Dollah terpapar di skrin telefon bimbit Elina.
"Hello" Elina menjawab selamba.
"Hello cik Joyah…" serentak Elina tertawa kecil.
"Mimpi ape tiba-tiba nak call ni?"
"Saje je. Hati terasa nak berbual dengan you.." Hafsham berkata jujur. Elina mula berfikiran negatif terhadap Hafsham.
"Errr… Maaf ye I nak tanya ni – "
Diam.
"Memang you selalu call customer you macam ni ker? I mean, sms… call…"
Hafsham ketawa besar.
"Dah agak soalan tu akan keluar. To be honest, no! Never!" Elina terdiam.
"But it's up to you nak percaya ataupun t –"
"I trust you!' cepat-cepat Elina memotong percakapan Hafsham.
"What makes you trust me. We don't even know each other"
"Hati saya … percaya kata-kat awak…"
Diam. Tiba-tiba Elina membahasakan dirinya 'saya' dan Hafsham 'awak'.
Masing-masing merasakan ada satu perasaan istimewa mula menular di dalam urat saraf masing-masing dan kemudian terasa di hati.
"Boyfriend awak tak marah saya call?"
"Kan saya dah cakap saya takde boyfriend. Awak tu, girlfriend tak bising ke nanti?"
"Saya takde girlfriend lah cik Joyah ooiii.."
Elina ketawa besar!
"Tiap kali saya sebut nama awak, awak mesti gelak. Ni mesti pasal itu nama samaran je kan?"
"Ha'ah"
"Then ape nama sebenar awak?"
"Hmmm… Saya rasa Dollah tu pun bukan nama betul awak kan?"
"Itulah. Saya sms awak tadi sebenarnya nak cerita pada awak, kawan awak, Kak Intan call saya tadi. Die cakap nak bercakap dengan Encik Dollah. Saya lupa yang saya cakap pada awak nama saya Dollah, mati-mati cakap takde orang nama Dollah guna nombor ni. Last-last, barulah saya teringat, saya call die balik" Elina ketawa besar.
"Then ape nama betul awak?"
"Hafsham…. Hafsham Azim. Awak?"
"Elina Julia. Tapi kawan-kawan selalunya panggil saya EJ je"
"EJ?!!!"
"Yup! Terkejut ye? Memang ramai yang pelik sebab rasa nama tu sesuai untuk lelaki or tomboy"
"No!"
"Huh?"
"Nak jumpa!"
"Nak jumpa?"
"Esok. Dekat KLCC. Boleh?"
"Errr…"
"Kalau takut, bawa kawan"
"Takut…? Kawan…?" Elina makin hairan.
"Yup! Nak bawa satu bas pun boleh!"
Elina ketawa lagi!

*******************************************

Elina dah Dayah duduk menanti Hafsham di Dome Café, KLCC sambil memerhatikan pengunjung-pengunjung menara berkembar itu yang sedang bersantai dan berbual di taman yang mempunyai air pancut. Beberapa kanak-kanak berlari ke sana sini bermain. Elina mengerling ke arah jam tangan Rado kesayangannya. Hadiah daripada papanya sempena hari lahirnya yang ke-21. Jam menunjukkan pukul 4:45 petang.
'Lagi 15 minit' detik hatinya.
Tiba-tiba Dayah menepuk-nepuk bahunya. Elina yang berasa gementar menanti Hafsham merasa sedikit terganggu.
"Kenapa ni Dayah?" Elina bermain-main dengan jari jemarinya. Resah.
'Kenapalah aku senang-senang sangat terima ajakan seorang lelaki yang aku tak pernah kenal macam ni?' Elina mengomel di dalam hatinya. Pada waktu yang sama, tepukan Dayah makin menjadi-jadi. Di saat Elina berpaling ke arah Dayah yang sudah menghentikan perbuatannya menepuk Elina, Elina terdengar satu suara yang pernah didengarinya 6 tahun yang lepas.
"Hi… Lama tak jumpa"
Elina tergamam.
"Sampai hati awak tak contact saya ye?" Hafsham senyum manis. Jantung Elina berdebar-debar.
"Boleh saya duduk?"
Elina angguk. Tak sampai dua saat menggeleng. Tak sampai 2 saat lagi dia mengangguk. Hafsham ketawa kecil.
"Boleh ke tak ni?"
"Boleh! Boleh! Duduklah!" Dayah yang asyik memerhati dari tadi akhirnya bersuara.
"Berdua je?"
"Bertiga!' spontan Elina menjawab. Hafsham ketawa besar. Dia sedar gadis itu gugup. Mujurlah dia tak lagi semalu 6 tahun lepas.
"Bertiga?" soal Hafsham.
"Err… maksud saya, kawan saya akan datang kejap lagi"
"Hmmm… saya rasa die mesti tak kisah saya ada kan?" Elina mengerutkan keningnya.
"Teman lelaki awak ke yang nak datang tu?"
"Tak!" Elina separuh menjerit.
"Kalau macam tu takpelah. Saya datang ni pun sebab nak melamar awak jadi kekasih saya" Elina dan Dayah ternganga!
"Nah!" Hafsham mengeluarkan sekotak bekas cincin berwarna merah dan menyrahkannya kepada Elina. Elina teragak-agak untuk menerimanya.
"Bukalah!" arah Hafsham setelah kotak cincin tersebut bertukar tangan. Lambat-lambat Elina membukanya.
Matanya bersinar-sinar apabila melihat sebentuk cincin berbatu Amethyst yang simple namun sangat cantik rekaannya. Sedang memerhatikan cincin tersebut, matanya tertancap pada satu tulisan di dalam bahagian penutup kotak cincin tersebut. Perlahan mulutnya membacanya.
"Dollah… loves…. Joyah….." Elina terpinga-pinga. Seolah-olah sedang bermimpi di siang hari. Setelah dia menyedari bahawa Dollah adalah Hafsham, lelaki yang pernah menjadi igauannya sebelum ini, hati Elina melonjak kegembiraan.
"Dollah loves Joyah!" Elina separuh menjerit sambil menggoncang-goncang bahu Dayah sebelum mengeluarkan cincin tersebut dan menyarungkannya ke manisnya.
"Joyah!' Hafsham memanggil namanya. Serentak Elina menoleh ke arah Hafsham.
"Patutnya saya yang sarungkan cincin tu pada awak!"
Dayah tertawa besar. Elina tersipu-sipu malu manakala Dollah, eh! Hafsham memegang erat tangan Elina a.k.a Joyah.

Istilah Babi Dalam Perubatan...

Assalamualaikum
  Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.   Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?   Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:   1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.   2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.   3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kuran 50kg.   4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.   5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.   6. Boar : Babi liar   7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.   8. Sow Milk : Susu BAbi   dan ada pelbagai istilah lagi...   Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".   TQ






























Monday, 11 July 2011

Kata Bijak - Kata Cinta

 
Kata Bijak - Kata Cinta. ( Mahabbah - Rabiatul Adawiyah / Sufi )
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
 
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
 
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."
 
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
 
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
 
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
 
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
 
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
 
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
 
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
 
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
 
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
 
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
 
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
 
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
 
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
 
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
 
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
 
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
 
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
 
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
 
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
 
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
 
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
 
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
 
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
 
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Thursday, 7 July 2011

Peludah warna – A Samad Said

Peludah Warna – A Samad Said

 Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya