Pages

Monday, 30 May 2011

Punca anak DERHAKA

APA PUNCA ANAK DERHAKA

 Assalamm'ualaikum waramahtuhllahi wabarakahtuh

 

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴ�» ﻋﻢﻼﺴ�» ﺍ

 

 APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. 
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan 
. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak 
derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu 
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. 
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. 
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." 
Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL 
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak 
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah 
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan 
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT 
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita 
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu 
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf 
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.  Cuba 
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? 
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA 
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak 
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu 
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan 
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka.. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA 
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang 
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada 
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil 
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf 
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan 
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri 
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. 
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga 
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan 
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas 
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu 
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di 
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar 
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada 
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi 
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan 
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik 
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita 
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan 
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers 
Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri 
Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang 
baik.
 Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda 
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan 
yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan 
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat 
daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang 
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan 
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya 
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu 
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan 
, mereka hanya 
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan 
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah 
tuan/puan mengeluh
. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. 
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg 
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. 
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.   

ﻢﻼﺴ�» ﺍﻮ


--

__,_._,___

Saturday, 28 May 2011

Berhati-hati ber'facebook'


Monday, 02 August 2010 15:47 Maverickkidf14

Sekarang nih semua orang dah ada facebook..xkire la mude ke, tue ke, semua dah pandai gune facebook...sama ade gune mmg untuk bersosial, atau gune sebab nak main Cafe World...Kalau nak di ikut memang banyak laman web sosial nih dalam dunia..facebook salah satu...twitter, myspace, friendster dan macam2...(geng blogger bole kire laman sosial gak?)...
Macam-mane pun ade beberape perkare patut kite amek kire sebelum kite berseronok gune laman-laman macam nih...kene beringat sket... keterbukaan dalam berkongsi maklumat (atau pun gambar-gambar yg terlalu 'terbuka') boleh mendatangkan masalah pade kite...kite patut tahu risiko kite menggunakan facebook terlalu kerap...meng'update' status (yg kadang2 amat bukan2)...kongsi tgk gambar...dan maklumat2 lain...
 
Kalau nak pergi bercuti
Daripada korang semua tulis 'Syoknyeee...nak pegi langkawi minggu ni ngan semua family...', baik korang tulis 'rompak la rumah kitorang...kitorang pegi langkawi minggu nih'....korang ingat perompak xde facebook ke...diorang siap ade blackberry (curi) tu..tunggu je update2 status dari korang...diorang nak merompak pun kene cek dr sistem jugak...bile korang tulis status macam tu...lagi la senang diorang buat jadual..'minggu ni rumah Bakar kosong...status tioman 3 ari..minggu depan rumah Karim kosong..status penang 4 ari...'...siap..
Alamat rumah

Siap tulis alamat rumah plak tu...lagi senang...perompak siap naik teksi...'bang,pegi rumah ni bang'...perompak dah xpayah nak buat research... diorang ikut jadual je...kebanyakkan orang yang menggunekan facebook,40% tulis alamat rumah die..65% tidak menggunekan privacy setting..60% pulak xberape sure,kawan2 die dalam friendlist tu betul2 kawan die ke atau pun kawan kepade kawan ke atau pun kawan kepade kawan kepade kawan die punye kawan...bahaye tu kawan-kawan
Update yang mengarut
Tolong berjage-jage sket dengan posting korang...korang mesti penah dengar ade orang yg pernah kene tangkap sebab update bukan2 dalam facebook..xpon,korang nak meluahkan rase xpuas ati ke, atau korang buat bende salah dan konon2 nak menunjuk kat kawan2..xpayah...da ramai orang kene pecat sebab status dalam facebook...kat Malaysia ni siap kene tangkap...kene berhati2...
Birthday dan tempat lahir
ni mmg selalu la kan kite share kat kawan2...kalau x macam mane nak dpt hadiah...tol x?...tapi sebenarnye, kadang2 kite selalu gunekan birthday ni sebagai password kite dlm kehidupan harian kite...kad atm, password email, password faceboook...semua kite gune tarikh lahir sebab nak senang ingat...
Password clue
Kadang2..bile kite nak reset password untuk email kite misalnye...die akan tanye kite beberape soalan...siape name mak kite..name kucing kite..cerite kegemaran kite...tak pun kalau pengesahan kredit kad, die akan tanye soalan2 macam ni...amacam...ade tak bende2 ni kite post dalam facebook?


--



BERANI MENENTANG ARUS

Sesungguhnya medan berbicara itu tidak semudah medan berkhayal. Medan berbuat tidak semudah medan berbicara.
— Hasan Al-Banna  SYEIKH MALAYA SALAH AD DEEN

--