Pages

Friday, 29 April 2011

5 Syarat Nak Buat Maksiat



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, 
jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "
kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, 
carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "
Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "
Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.



Thursday, 28 April 2011

Makanan Penghilang Bau Badan

Bau badan merupakan masalah yang dapat menurunkan tingkat kepercayaan diri seseorang. Bau tidak sedap yang dikeluarkan dari tubuh adalah disebabkan karena banyak hal.

Salah satu faktor yang menyebabkan bau badan adalah makanan. Dikutip dari hoswtuffworks, jenis bawang-bawangan, kunyit, daging merah dan makanan pedas, merupakan makanan pemicu aroma yang tidak sedap. Untuk itu, Anda perlu mencegah makanan yang disebutkan tadi, setidaknya mengurangi makanan-makanan tersebut.

Namun, ada juga makanan yang dapat mencegah bau badan. Apa sajakah itu? Berikut empat makanan yang dapat memngurangkan aroma tubuh yang kurang sedap.

 

Tomato

Tomato merupakan antiseptik alami yang dapat membunuh berbagai macam bakteria, termasuk bakteria yang membuat tubuh beraroma kurang sedap. Seperti dikutip Curebum, bau badan boleh hilang dengan sering minum jus tomato. Disarankan minum jus tomato sebanyak tiga kali sehari. Jus tomato tidak hanya diminum, tapi boleh juga dicampurkan dalam bathtub, sebagai penambah ritual mandi Anda.

Teh hijau

Bau badan mungkin disebabkan oleh faktor lingkungan, seperti polusi, matahari dan debu. Bau badan karena faktor lingkungan dapat diatasi dengan bahan yang mengandung antioksidan. Antioksidan yang baik untuk mengalahkan aroma tidak sedap pada tubuh adalah teh hijau. Teh hijau juga memiliki aroma khas. Bila rajin meminumnya, maka bau segar dari teh hijau dapat keluar dari dalam tubuh.

 

Seledri

Seperti dikutip Foodscout, daun seledri dapat melawan bau badan. Kandungan seledri dapat melawan racun yang ada di dalam tubuh penyebab bau badan. Jadi, jangan lupa memasukkan seledri dalam makanan sehat Anda.

 

Jus rumput

Jenis rumput tertentu dapat dijadikan sebagai minuman. Mungkin kedengarannya aneh, tapi jus rumput sudah banyak dijual di gerai minuman yang ada di mall-mall. Dilansir dari Foodscout, khasiat jus rumput dipercaya dapat mengatasi aroma tidak sedap pada tubuh.


Renungan : Dosa Ibubapa Mendahului Kesalahan Anak-Anak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk renungan kita bersama..

Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika kita sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus.

Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.

Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita.

Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih sayang diberi.

Seandainya kita memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret kita ke suasana yang menjadikan ianya tersepit. Kita ada tanggungjawab kepada isteri/suami dan anak-anak.

Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh , kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh . Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Sabda Nabi Muhamad SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?

Kesimpulannya, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja yang tidak menguruskan masa dengan bijak.

Wallahualam.