Pages

Wednesday, 30 March 2011

Bankrap – Nak buat apa ?

gud info -

http://tuanbri.com/blog/2010/03/bankrap-nak-buat-apa/comment-page-1/

Posted by tuanbri in Articles on 03 1st, 2010 | 92 responses

Aku bentangkan kes ini disebabkan ada kaitan dengan kes-kes rumah lelong di mana pemilik asal ada yang bankrap. Disebabkan hutang yang lain, rumah tergadai.   Jadi sekiranya anda bankrap, ingat balik artikel ini…..   BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang – sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang. Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri.   JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap. Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap.   Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri.   Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.   Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi.   Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PPH merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.   Gangguan Bak kata Mokhtarudin: "Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain – takut dirampas.   "Mereka ingat JPH dan saya ini pemungut hutang untuk bank."   Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PPH ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PPH diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan.   Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PPH. Di situlah terletaknya `keistimewaan' menjadi bankrap.   Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable – tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PPH mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan.   Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PPH kepadanya. PPH memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.   Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PPH. Ia bersama syarat bahawa PPH berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan.   Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, "seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun."   Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank. Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PPH dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PPH dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya – sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil – dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.   Pelepasan Pada tahun 1995, PPH yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan. Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PPH menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman'nya.   `Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy," kata Mokhtarudin. Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang.   `Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari," kata beliau.   Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PPH tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.   PPH hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.   Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PPH akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.   PPH juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PPH memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.   `JPH bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.   `Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong," kata Mokhtarudin. dipetik daripada artikel :   `Keistimewaan' Diisytiharkan Menjadi Bankrap
Oleh Asuki Abas (Wartawan Utusan)
Sumber : Utusan Malaysia Online


































Thursday, 17 March 2011

Mengawal Selera Makan Dan Tidak Merasa Lapar

Mengawal Selera Makan Dan Tidak Merasa Lapar
Kha, 17 Mac 2011 10:44 | Azlan Supian | Editor: nurilla88
Tweet
0

Pernahkah anda memulakan diet tetapi akhirnya tertekan dengan rasa lapar?

Tiada apa yang dapat menjejaskan diet anda selain rasa lapar dan teringin kepada sesetengah makanan yang tidak sihat. Biasanya lagi kita cuba untuk meningggalkan makanan kegemaran kita contohnya mee goreng mamak, lagi kuat pula selera dan keinginan kita untuk makan mee goreng mamak tersebut terutamanya ketika perut sedang kelaparan. Kegagalan mengawal selera makan inilah yang biasanya menggagalkan kita dalam setiap program diet.

Kalaulah rasa lapar disebabkan diet ini boleh diatasi sudah tentu anda mampu untuk mengekalkan program diet yang sedang anda ikuti dengan lebih konsisten. Berita baiknya ada cara yang sihat, mudah dan berkesan untuk mengawal selera makan anda.

Kunci utama dalam pengawalan selera makan ialah dengan pengambilan makanan pembuka selera dalam jumlah yang kecil sebelum makan. Antara bahan yang berkesan dalam pengawalan selera makan ialah asid lemak berangkaian panjang yang boleh didapati dengan banyak dari minyak zaitun, minyak flaxseed, keju dan mentega kacang. Pengambilan makanan yang kaya dengan lemak sihat (healthy fats) ini boleh membantu mengawal selera makan anda. Maka anda akan berasa lebih kenyang walaupun hanya mengambil jumlah kalori yang rendah.

Berikut adalah contoh menu pembuka selera. Gunakan lemak sihat yang dicadangkan di sini dalam jumlah yang sedikit.

• 2 cawan salad digaulkan dengan 30ml minyak zaitun
• 56 gram ayam belanda dengan biskut bijirin penuh
• 56 gram keju dengan biskut bijirin penuh
• 56gram tuna dalam 30ml minyak zaitun
• ½ sudu mentega kacang dengan sayur saderi

Kajian telah membuktikan apabila makanan di atas diambil sebelum makan akan mengurangkan kadar pengambilan makanan keseluruhan, memperlahankan perjalanan makanan daripada perut dan memanjangkan rasa kenyang sehingga 4 jam selepas makan.

Jika rasa lapar menjadi sebab utama kegagalan diet anda sebelum ini, bolehlah anda mencuba menu-menu pembuka selera yang mudah dan sihat ini!
--
Sebaik2 msia adalah yang memberi manfaat pd org lain.
Org yg kuat adalah org yg dpt menahan marahnya.
Allah SWT suka hambaNya yg sentiasa memohon ampun pdNya.

Sabar Itu Perlu Setiap Masa

Sabar Itu Perlu Setiap Masa
Rab, 16 Mac 2011 22:48 | Zafirah | Editor: Nor Adrenaline

Tweet
0

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"

Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan.  Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.

Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.

Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita.  Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.

--

Sebaik2 msia adalah yang memberi manfaat pd org lain.
Org yg kuat adalah org yg dpt menahan marahnya.
Allah SWT suka hambaNya yg sentiasa memohon ampun pdNya.

Wednesday, 16 March 2011

Rahsia malapetaka di Jepun

From:mawar
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent:
Tue, March 15, 2011 11:22:39 AM
Subject:
RG09... Rahsia malapetaka di jepun

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.   2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.   3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.   4. Dan bulan 4.       Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.       Rujuk di Quran.       1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan   ...   "Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".       2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)       so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.       di ambil pula lokasi latititude dan longitude.       3+6+1+3+8 = 21   so next 2+1 = 3   proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.       Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53       makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30   so next 3+0 = 3.   *proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.       3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6       msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..       so 1+4+4+6 =15   so next 1+5 = 6   *proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.       4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.       5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.       6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.   7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya   8. WauAllahhu Allam.   Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

Thursday, 3 March 2011

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

 

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ......adalah sangat singkat namun kadangkala  
sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan:  

Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali  
sebelum tidur maka:  

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.  
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.  
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.  
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..  

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM  
setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci  
pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai  
pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.  
Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan  
sebarang aktiviti.  

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya  
terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu  
ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: "Wahai  
isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik."  

Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan  
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan  
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan  
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan  
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.  

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang  
suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut.  
Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada  
isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.  

Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan  
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan  
emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air  
laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.  

Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya  
kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah  
itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang  
emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk  
mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.  

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat  
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya  
iaitu:  

Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan  
mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun  
yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak  
digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita  
menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak  
nyaman.. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab  
ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan  
oleh makhluk lain dengan cara mereka.  

Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita  
(pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari  
olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan  
fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini  
benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri  
untuk membacanya.  

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita  
peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti  
kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat  
membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam  
melakukan aktiviti kita sehari-hari.